Wednesday , 15 January 2025
Home Nasional Lawatan kerja rasmi PM, Anwar selamat tiba di London
Nasional

Lawatan kerja rasmi PM, Anwar selamat tiba di London

Lawatan kerja rasmi PM, Anwar selamat tiba di London

Foto RTM

LONDON, 15 Januari– Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di London, United Kingdom (UK) bagi memulakan lawatan kerja rasmi pertama beliau ke negara itu, sejak menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri, bermula 15 hingga 19 Januari 2025.

Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri tiba di Lapangan Terbang Stansted pada pukul 10.50 malam Selasa waktu tempatan (6.50 pagi Rabu waktu Malaysia).

Beliau disambut oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke UK dan Ireland Utara, Datuk Zakri Jaafar dan Atase Pertahanan, Datuk Brigedier Jeneral Safwan @ Asri Ismail.

Turut menyambut ketibaan beliau ialah Wakil Khas Setiausaha Luar Negeri UK, Richard Wildash dan Pemangku Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia, David Wallace.

Perdana Menteri diiringi Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir serta Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Lawatan kerja lima hari Perdana Menteri ke UK adalah atas jemputan rakan sejawatannya, Keir Starmer.

Dalam pada itu, jadual padat menanti Datuk Seri Anwar sepanjang lawatan kerja tersebut, dengan hari pertama beliau akan mengadakan mesyuarat dua hala dengan Starmer di No. 10, Downing Street.

Semasa pertemuan itu, kedua-dua pemimpin dijangka menyentuh beberapa perkara termasuk kerjasama dua hala dalam bidang ekonomi seperti perdagangan dan pelaburan, pengajian tinggi, agrikomoditi, serta tenaga boleh baharu dan alam sekitar.

Selain itu, turut dijangka dibincangkan adalah kerjasama dalam bidang pertahanan, digital, hubungan sesama rakyat termasuk pendidikan, pertukaran kebudayaan dan sektor pelancongan, dan isu-isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama seperti Kepengerusian ASEAN, situasi di Asia Barat dan Myanmar.

Datuk Seri Anwar dan Starmer kemudian akan menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) yang melibatkan Joint Economic Trade Committee and Other Supporting Mechanism (MUKJETCO) antara Kementerian Perdagangan, Pelaburan dan Industri bersama Department for Business and Trade (DBT), UK.

Related Articles

Banjir Johor: Angka penduduk terjejas terus berkurang
Nasional

Banjir Johor: Angka penduduk terjejas terus berkurang

Foto RTMJOHOR BAHRU,15 Januari-Angka penduduk terjejas banjir di empat daerah di Johor...

Hak agihan gas: Anwar percaya isu PETRONAS, PETROS selesai
Nasional

Hak agihan gas: Anwar percaya isu PETRONAS, PETROS selesai

Foto RTMABU DHABI, 15 Januari–Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya isu...

Syarikat UAE ditawar melabur dalam sektor TBB, pusat data
Nasional

Syarikat UAE ditawar melabur dalam sektor TBB, pusat data

Foto FB PMABU DHABI, 15 Januari– Malaysia mengalu-alukan syarikat di Emiriah Arab...

Perancis komited perkukuh hubungan bersama Malaysia dan ASEAN
Nasional

Perancis komited perkukuh hubungan bersama Malaysia dan ASEAN

Axel Cruau/RTMGEORGE TOWN, 14 Januari- Perancis komited untuk terus menjalinkan kerjasama rapat...