Home Ekonomi JS-SEZ dijangka tarik pelaburan sektor logistik
Ekonomi

JS-SEZ dijangka tarik pelaburan sektor logistik

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke / Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 7 Januari – Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dijangka menarik lebih banyak pelaburan, khususnya dalam sektor logistik berikutan kelebihan Johor yang memiliki jumlah gudang lebih besar berbanding Singapura.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata Johor mempunyai potensi besar untuk menjadi pusat operasi logistik dan gudang, dengan kerjasama pelbagai pihak.

“Gudang besar di Johor jauh lebih besar berbanding Singapura. Walaupun Singapura memiliki kelebihan dalam lapangan terbang, pelabuhan, dan perdagangan, banyak operasi belakang tabir boleh ditempatkan di Johor.

\”Kami berharap dapat menyediakan lebih banyak ruang dan tanah untuk tujuan tersebut dengan bekerjasama dengan pengendali pelabuhan serta pihak berkuasa pelabuhan,” katanya pada Hari Korporat Tahunan CGS International ke-17 Malaysia 2025 di ibu negara.

Tambah Loke, projek JS-SEZ menunjukkan komitmen kerajaan terhadap integrasi serantau, seiring dengan inisiatif seperti Rangkaian Lebuhraya ASEAN dan Saluran Paip Gas Trans-ASEAN.

Usaha itu meningkatkan kesalinghubungan serta menjamin kestabilan bekalan tenaga serantau.

Related Articles

Ekonomi

Ringgit dibuka tidak berubah berbanding Dolar AS

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 9 Januari– Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar US...

Swift Energy catat premium 28.6% di Pasaran ACE
Ekonomi

Swift Energy catat premium 28.6% di Pasaran ACE

TAN Bin Chee (lima dari kiri) bersama barisan pengurusan Swift Energy selepas...

JS-SEZ lonjak Johor sebagai destinasi pelaburan utama Asia Tenggara
Ekonomi

JS-SEZ lonjak Johor sebagai destinasi pelaburan utama Asia Tenggara

PETALING JAYA: Pemeteraian perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) menjadi pencetus era...

Minat membeli pada 2025 kekal sihat, prospek kekal positif
Ekonomi

Minat membeli pada 2025 kekal sihat, prospek kekal positif

Keterujaan orang ramai untuk membeli rumah mampu milik mendedahkan mereka kepada ejen...