Wednesday , 8 January 2025
Home Nasional Hujan lebat di Ipoh, beberapa rumah dinaiki air
Nasional

Hujan lebat di Ipoh, beberapa rumah dinaiki air

Hujan lebat di Ipoh, beberapa rumah dinaiki air

Foto BERNAMA

IPOH, 5 Januari- Beberapa buah rumah dinaiki air di beberapa kawasan di Kampung Sungai Rokam dan Taman Cempaka di sini akibat hujan lebat lebih sejam, petang tadi.

Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kinta dalam kenyataan malam ini memaklumkan hujan lebat yang bermula kira-kira pukul 4.00 petang itu menyebabkan air Sungai Pinji mengalir laju dan pam air tidak berfungsi dengan baik di Jalan Salak, Kampung Sungai Rokam.

PKOD APM Daerah Kinta memaklumkan kejadian itu mengakibatkan bahagian hadapan lima buah rumah berdekatan sungai berkenaan dinaiki air.

\”Penduduk mengambil langkah awal dengan memindahkan kenderaan ke tempat yang tinggi dan selamat,\” menurut kenyataan itu.

PKOD APM Daerah Kinta memaklumkan paras Sungai Pinji semakin surut dan keadaan banjir terkawal.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad dalam kenyataan berasingan berkata kira-kira lapan buah rumah di Persiaran Cempaka Sari 11, Taman Cempaka dinaiki air akibat banjir kilat.

Beliau berkata hujan yang bermula kira-kira pukul 5.00 petang itu bagaimanapun tidak melibatkan mangsa dan ketinggian air sekitar 0.6 meter (2 kaki).

Sabarodzi berkata keadaan terkawal pada pukul 5.53 petang dan air semakin surut.- BERNAMA

Related Articles

Tiga PBT laksana sembilan projek berimpak tinggi di Johor
Nasional

Tiga PBT laksana sembilan projek berimpak tinggi di Johor

Datuk Mohd Jafni Md Shukor mempengerusikan mesyuarat pembentangan \’timeline\’ gerak kerja &...

FCoEE laksana 36 program pendidikan  berimpak tinggi sepanjang 2024
Nasional

FCoEE laksana 36 program pendidikan berimpak tinggi sepanjang 2024

Foto RTMKANGAR, 8 Januari- Sepanjang tahun 2024, Pusat Kecemerlangan Pendidikan Faizuddin (FCoEE)...

10 keluarga asnaf terima sumbangan sempena Tahun Baharu Cina
Nasional

10 keluarga asnaf terima sumbangan sempena Tahun Baharu Cina

Foto RTMKANGAR, 8 Januari – Menjelang sambutan Tahun Baharu Cina penghujung bulan...

Malaysia kenakan duti anti lambakan sementara PET dari China-Indonesia
Nasional

Malaysia kenakan duti anti lambakan sementara PET dari China-Indonesia

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 7 Januari – Kerajaan membuat penentuan awal berhubung penyiasatan...