Wednesday , 8 January 2025
Home Ekonomi Pasaran getah diunjur dalam jajaran kecil, kecenderungan penurunan minggu depan
Ekonomi

Pasaran getah diunjur dalam jajaran kecil, kecenderungan penurunan minggu depan

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 4 Januari– Pasaran getah dijangka diniagakan dalam jajaran kecil dengan kecenderungan penurunan minggu depan berikutan kekurangan permintaan, kata pakar industri Denis Low.

Beliau berkata pasaran getah akan mengalami minggu yang lebih perlahan memandangkan kekurangan bekalan akan turut menyebabkan penyusutan permintaan.

“Selain itu ia turut berdepan dengan musim daun pokok getah luruh, dengan pokok getah akan menggugurkan daun, menyebabkan hasil getah yang lebih rendah.

“Situasi sedemikian lazimnya akan meningkatkan harga lateks getah,” katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun, keadaan ini dijangka berlaku pada Februari, Mac dan awal April, katanya.

Sementara itu, Pertubuhan Pengilang Sarung Tangan Getah Malaysia (Margma) berkata pasaran getah sewajarnya dilihat bercampur-campur pada minggu depan memandangkan gangguan bekalan berlaku akibat keadaan cuaca yang tidak menentu di negara pengeluar getah.

Menurutnya harga dijangka terus menjejaki prestasi pasaran niaga hadapan getah manakala kekukuhan ringgit dan perkembangan berkaitan ketegangan geopolitik global serta rangsangan China dijangka mempengaruhi hala tuju pasaran.

Pada asas Jumaat kepada Jumaat, harga rujukan Lembaga Getah Malaysia untuk Getah Mutu Malaysia 20 (GMM 20) susut 9.5 sen kepada 867 sen sekilogram manakala susu getah pukal turun tujuh sen kepada 689 sen sekilogram.

Menurut LGM, ia akan menerbitkan harga rujukan getah sekali sehari pada 3 petang, mulai 2 Januari- Livevartha

Related Articles

Ekonomi

NRES lancar bengkel MyNAP Kick-Off

Bengkel ‘Kick Off’ Pelan Adaptasi Kebangsaan (MyNAP) di sebuah hotel di ibu...

GDA peroleh 75.73% saham MAHB, pelabur disaran terima tawaran
Ekonomi

GDA peroleh 75.73% saham MAHB, pelabur disaran terima tawaran

PETALING JAYA: Pelabur disaran menerima tawaran RM11 sesaham dalam Malaysia Airport Holding...

Malaysia sokong komitmen Indonesia teruskan mandat biodiesel B40
Ekonomi

Malaysia sokong komitmen Indonesia teruskan mandat biodiesel B40

JOHARI Abdul Ghani (tengah) menyaksikan Pengerusi FGV, Tan Sri Rastam Mohd Isa...

Ekonomi

Malaysia sokong hasrat Indonesia laksana mandat biodiesel B40

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani / Foto RTMKUALA...