KUALA LUMPUR, 26 Disember-Gempa bumi sederhana dengan magnitud5.3dilaporkan berlaku diMindanao, Filipina pada pukul 6.26 petang tadi.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gempa bumi tersebut berpusat di koordinat 8.2 darjah utara dan 125.9 darjah timur.
Ia berlaku pada kedalaman 89 kilometer.
Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan gempa terbabit, menurut METMalaysia.