Home Pasaran Pasaran Getah Tempatan Ditutup Rendah
Pasaran

Pasaran Getah Tempatan Ditutup Rendah

Pasaran Getah Tempatan Ditutup Rendah

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 23 Dec(Livevartha) — Pasaran getah tempatan ditutup rendah hari ini sejajar dengan aliran menurun di pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.

Beliau berkata pasaran lengang dengan dagangan kecil menjelang musim perayaan dan cuti hujung tahun.

“Bagaimanapun, penurunan seterusnya dihadkan oleh kenaikan harga minyak mentah berikutan kebimbangan gangguan bekalan yang disebabkan hujan berterusan dan banjir di negara-negara pengeluar utama getah,” katanya kepada Livevartha.

Peniaga itu berkata niaga hadapan getah Jepun turun pada Isnin apabila dagangan menyusut menjelang akhir tahun manakala pelabur menunggu pengumuman pakej rangsangan seterusnya diChina.

Sementara itu, beliau berkata Jabatan Meteorologi Thailand meramalkan hujan lebat dan ribut petir di bahagian selatan negara itu sehingga 27 Dis, manakala Jabatan Meteorologi Malaysia menjangkakan negeri-negeri yang menghasilkan getah dilanda hujan lebat dan ribut petir dari 23-29 Dis.

Menurut Lembaga Getah Malaysia (LGM), harga Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) susut 11.0sen kepada857.00sen sekilogram, manakala lateks pukal susut2.5 sen kepada720.5sen sekilogram.

Pada5 petang, hargaSMR 20 berada pada854.50sen sekilogram, manakala lateks pukal pada 715.5sen sekilogram.

— Livevartha

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 19 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada
Pasaran

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS
Pasaran

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS

— Gambar hiasan Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 18 Jun...