Home Pasaran Minat Belian Baharu Dorong FBM KLCI Ditutup Meningkat
Pasaran

Minat Belian Baharu Dorong FBM KLCI Ditutup Meningkat

Minat Belian Baharu Dorong FBM KLCI Ditutup Meningkat

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Livevartha) — Indeks petunjuk utamaFTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) bangkit daripada penyusutan dialami pada Jumaat lepas apabila mengakhiri dagangan lebih tinggi pada hari ini, didorong oleh minat belianbaharu bagi saham-saham perbankan dan seiring prestasi pasaran serantau yang positif, kata penganalisis.

Pada 5 petang, indeks penanda aras itu menokok4.79 mata atau 0.3 peratus kepada1,596.20 berbanding 1,591.41 pada Jumaat lepas.

Sewaktu dibuka, indeks itu meraih2.69 mata kepada 1,594.10 dan bergerak dalam lingkungan paras intra harian terendah 1,592.57 dan intra harian tertinggi 1,601.90 ketika sesi pagi, sebelum meneruskan dagangan dengan lebih stabil pada tengah hari.

Bagaimanapun pasaran meluas kekal negatif dalam tempoh-tempoh akhir dagangan dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 545 berbanding 390 manakala 565 kaunter tidak berubah, 933 tidak diniagakan dan 19 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan berkurangan kepada2.37 bilion unit bernilaiRM2.04 bilion daripada 3.38 bilion unit bernilaiRM3.76 bilion pada Jumaat lepas.

Naib Presiden Penyelidikan EkuitiRakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks serantau utama meningkat hari ini, dipacu oleh angka inflasi Amerika Syarikat (AS) yang lebih lemah daripada jangkaan awal.

Keadaan itu hanya menyemarakkan lagi keyakinan terhadap potensi pengurangan kadar faedah bagi 2025.

Bagaimanapun, katanya, di sebalikprestasi positif hari ini, indeks penanda aras tempatan terus diasak rintangan ketara, dikekang oleh aktiviti jualan asing yang berterusan serta jualan sesi petang yang hanya membataskan kenaikan.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...