Home Pasaran Bursa Malaysia Diunjur Tidak Berubah Minggu Depan Berikutan Musim Perayaan
Pasaran

Bursa Malaysia Diunjur Tidak Berubah Minggu Depan Berikutan Musim Perayaan

Bursa Malaysia Diunjur Tidak Berubah Minggu Depan Berikutan Musim Perayaan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 21 Dis (Livevartha) — Bursa Malaysia diunjur mengekalkan trend diniagakan tidak berubah minggu depan sehingga terdapat pemangkin baharu, kata Rakuten Trade Sdn Bhd.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuitinya Thong Pak Leng berkata firma pembrokeran itu menjangkakan dagangan lengang berikutan cuti umum Krismas diikuti cuti Tahun Baru.

Thong berkata, dari segi teknikal, prospek jangka pendek FBM KLCI kekal berhati-hati, mencerminkan momentum perlahan dan isyarat pemulihan yang lemah manakala pemulihan jangka sederhana memerlukan pergerakan harga yang mantap, melebihi purata pergerakan eksponen 50 hari (EMA).

“Prospek jangka panjang pula kekal memberangsangkan selagi paras sokongan utama dikekalkan,” katanya kepada Livevartha.

Menurutnya bagi dagangan jangka pendek, peniaga perlu berwaspada dengan paras 1,590 dan 1,610 manakala pelabur jangka panjang mungkin mempertimbangkan untuk mengumpulsehingga hampir 1,570, memfokuskan kepada saham dengan asas kukuh.

“Kami menasihatkan pelabur untuk memantau dengan teliti garisan pertumpuan-pencapahan purata pergerakan (MACD) untuk persilangan meningkat memandangkan ini berupaya menjadi petunjuk awal pemulihan,” kata Thong.

Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berpendapat pasarandijangkakan perlahan minggu depan seperti kebiasaan yang berlaku pada musim cuti.

Menurut Innes, pasaran diunjur mengekalkan pendirian neutral sekiranya terdapat kejutan geopolitik.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 19 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada
Pasaran

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS
Pasaran

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS

— Gambar hiasan Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 18 Jun...