Home Pasaran Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Kekal Stabil Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Kekal Stabil Minggu Depan

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Kekal Stabil Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 21 Dis(Livevartha) — Kontrak niaga hadapanFTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) diBursa Malaysia Derivatives dijangka kekal stabilminggu depan sehingga muncul pemangkin baharu.

Naib Presiden Penyelidikan EkuitiRakuten Trade Sdn BhdThong Pak Leng memberitahu Livevartha dagangan berkemungkinan lengang bersempena dengan sambutan Hari Krismas dan diikuti cuti Tahun Baharu.

Pengarah UrusanSPI Asset Management Stephen Innes berkata dagangan pada minggu depan juga seperti kebiasaannya dijangka suram berikutan musim cuti hujung tahun.

Katanya,melainkan berlakunya kejutan geopolitik, beliau menjangkakan pasaran akan kekal dalam keadaan neutral.

Pada minggu dagangan yang baru berakhir ini kontrakDisember 2024 menurun 20.0 mata kepada1,589.50, Januari 2025 menyusut 18.0 mata kepada1,595.0, Mac 2025 merosot 18.5 mata kepada1,580.0 dan Jun 2025 jatuh19.0 mata kepada 1,585.50.

Jumlah dagangan meningkat kepada31,878 lot daripada25,724 lot pada minggu sebelumnya, manakala kepentingan terbuka mengukuh kepada44,108 kontrak daripada41,593 kontrak.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, FBM KLCI menyusut17.34 mata kepada1,591.41 daripada1,608.75 pada minggu sebelumnya.

— Livevartha

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 19 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada
Pasaran

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS
Pasaran

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS

— Gambar hiasan Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 18 Jun...