Home Pasaran RINGGIT DITUTUP RENDAH BERBANDING DOLAR AS
Pasaran

RINGGIT DITUTUP RENDAH BERBANDING DOLAR AS

RINGGIT DITUTUP RENDAH BERBANDING DOLAR AS


From Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Livevartha) — Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS, merupakan hari dagangan ketujuh berturut-turut mencatatkan penurunan berikutan sentimen pelabur yang kurang menggalakkan menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS) selama dua hari yang bermula hari ini.

Pada 6 petang, mata wang tempatan merosot kepada 4.4645/4690 berbanding dolar AS daripada 4.4500/4550 semalam.

Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata ringgit turun naik sepanjang hari tetapi ditutup rendah berikutan pasaran bersedia untuk menghadapi minggu yang penting untuk mesyuarat bank pusat, terutamanya Rizab Persekutuan (Fed) AS.

\”Tumpuan global kekal pada Fed, yang diselubungi ketidaktentuan. 

“Dalam Fed, pendapat berbelah bahagi: beberapa penggubal dasar mempersoalkan penurunan kadar seterusnya manakala yang lain kekal ragu-ragu mengenai manfaat daripada penurunan kadar yang telah dilaksanakan setakat ini,\” katanya kepada Livevartha.

Berdasarkan jangkaan pasaran, Innes berkata penurunan sebanyak 25 mata asas dilihat sebagai laluan paling mudah untuk Fed.

Unjuran ekonomi yang akan datang dijangka menggambarkan pendekatan berhati-hati, berpotensi menunjukkan kelembapan dalam kadar penurunan kadar faedah pada masa depan,” katanya.

Ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia merosot berbanding pound kepada 5.6646/6703 daripada 5.6301/6365, berkurangan berbanding euro kepada 4.6815/6862 daripada 4.6743/6795 dan susut berbanding yen Jepun kepada 2.9028/9059 daripada 2.8930/8964 sebelum ini.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 19 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada
Pasaran

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS
Pasaran

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS

— Gambar hiasan Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 18 Jun...