Home Pasaran BURSA MALAYSIA AKHIRI SESI DAGANGAN PAGI LEBIH RENDAH
Pasaran

BURSA MALAYSIA AKHIRI SESI DAGANGAN PAGI LEBIH RENDAH

BURSA MALAYSIA AKHIRI SESI DAGANGAN PAGI LEBIH RENDAH

KUALA LUMPUR, 16 Dis (Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih rendah  apabila pelabur mengambil keuntungan dan kekal berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) esok.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 0.23 peratus atau 3.82 mata kepada 1,604.93 daripada 1,608.75 semasa ditutup pada Jumaat lepas. 

Indeks berkenaan dibuka 0.13 mata lebih tinggi kepada 1,608.88 dan bergerak antara 1,603.92 dan 1,609.43 sepanjang sesi pagi.

Sentimen pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 624 berbanding 335 manakala 472 kaunter tidak berubah, 1044 tidak diniagakan dan 16 yang lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan sebanyak 1.91 bilion unit bernilai RM1.15 bilion.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, walaupun sentimen di Amerika Syarikat (AS) bercampur-campur, pasaran tempatan dijangka diniagakan mengukuh dengan peniaga memfokuskan kepada saham berkaitan rantaian bekalan pusat data manakala sektor teknologi dan perbankan dijangka penerima manfaat utama daripada persekitaran dolar AS yang lebih teguh.

\”Selain itu, kami turut memihak kepada sektor penjagaan kesihatan terutama sarung tangan berikutan kami menjangka pendapatan akan meningkat pada masa depan.

\”Sementara itu, kami turut optimis mengenai saham berkaitan Malaysia Timur, yang disokong oleh pemulihan harga saham dan jangkaan aliran masuk dana ke rantau ini,\” katanya menerusi nota.

Dari segi teknikal, ia menjangkakan paras rintangan FBM KLCI berada pada sekitar 1,623-1,628, dengan paras sokongan pada 1,588-1,593.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 19 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada
Pasaran

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS
Pasaran

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS

— Gambar hiasan Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 18 Jun...