Home Pasaran RINGGIT DIBUKA TINGGI BERBANDING DOLAR AS DALAM KEADAAN SENTIMEN BERHATI-HATI
Pasaran

RINGGIT DIBUKA TINGGI BERBANDING DOLAR AS DALAM KEADAAN SENTIMEN BERHATI-HATI

RINGGIT DIBUKA TINGGI BERBANDING DOLAR AS DALAM KEADAAN SENTIMEN BERHATI-HATI

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Khamis) — Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa dalam keadaan sentiment berhati-hati, susulan data yang tidak menentu daripada Indeks Pengurus Pembelian (IPP) AS menyebabkan Indeks Dolar AS (DXY) susut kepada 106.858 mata daripada 107.003 sebelum ini.

Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4470/4570 berbanding dolar AS daripada 4.4500/4550 ketika ditutup semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata IPP AS bagi pembuatan merosot melebihi jangkaan kepada 48.3 mata bagi Disember berbanding jangkaan pasaran pada 49.5 mata.

“Pengurangan kadar faedah sebanyak 25 mata asas telah sedia untuk diambil kira, dengan derivatif kadar faedah menjangkakan 95 peratus peluang bagi pengurangan 25 mata asas minggu ini.

\”Isu utama adalah mengenai prospek tahun depan. Oleh itu, pasaran akan memberi perhatian kepada pergerakan taburan plot titik untuk mengukur kemungkinan pengurangan kadar faedah seterusnya berdasarkan tinjauan oleh kalangan ahli FOMC yang lazimnya diterbitkan pada suku tahunan,” katanya kepada Livevartha.

Ringgit diniagakan rendah kebanyakannya berbanding beberapa mata wang utama lain.

Unit tempatan meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.8865/8932 daripada 2.8930/8964 ketika ditutup semalam namun rendah berbanding pound sterling kepada 5.6441/6568 daripada 5.6301/6365.

Ringgit lemah berbanding euro kepada 4.6769/6874 daripada 4.6743/6795.

Bagaimanapun, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding mata wang negara ASEAN.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 19 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada
Pasaran

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS
Pasaran

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS

— Gambar hiasan Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 18 Jun...