Home Ekonomi Ringgit tinggi berbanding dolar dalam dagangan awal
Ekonomi

Ringgit tinggi berbanding dolar dalam dagangan awal

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 16 Disember- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dalam dagangan awal pada Isnin, dengan pasaran menjangka mata wang tempatan kekal rendah berikutan pelabur menantikan unjuran ekonomi suku tahunan 2025 oleh Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC).

Pada 8.02 pagi, ringgit berada pada 4.4470/4530 berbanding dolar AS daripada 4.4475/4525 pada Jumaat lepas.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata tumpuan pada minggu ini adalah pada mesyuarat FOMC selama dua hari yang akan bermula esok.

“Pada masa ini, penurunan sebanyak 25 mata asas telah diambil kira tetapi apa yang lebih penting ialah prospek kadar faedah pada 2025, terutamanya dengan pentadbiran baharu yang dijangka menggunakan tarif import untuk merancakkan ekonomi Amerika Syarikat (AS),” katanya kepada Bernama.

Mohd Afzanizam berkata Indeks Dolar AS (DXY) kekal tinggi apabila ia mencecah 107 mata.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia mengukuh berbanding pound kepada 5.6166/6241 daripada 5.6203/6266 pada Jumaat lepas manakala merosot berbanding yen Jepun kepada 2.8995/9036 daripada 2.8987/9022.

Mata wang tempatan berkurangan berbanding euro kepada 4.6747/6810 daripada 4.6632/6684 pada Jumaat lepas.

Ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang ASEAN.

Ia rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.2997/3044 daripada 3.2971/3011 pada Jumaat lepas dan merosot berbanding baht Thailand kepada 13.0334/0621 daripada 13.0261/0472.

Ringgit mendatar berbanding rupiah Indonesia pada 277.7/278.2 sejak Jumaat lepas dan tidak berubah berbanding peso Filipina pada 7.60/7.62 semasa ditutup pada Jumaat lepas.- Livevartha

Related Articles

CAB catat untung bersih RM19.75j pada suku kedua
Ekonomi

CAB catat untung bersih RM19.75j pada suku kedua

CHRISTOPHER CHUAH HOON PHONGPETALING JAYA: CAB Cakaran Corporation Berhad (CAB), satu daripada...

Deleum peroleh 70% kepentingan PT OSA Industries Indonesia
Ekonomi

Deleum peroleh 70% kepentingan PT OSA Industries Indonesia

ROA Abdullah (kanan) bersama Pengasas dan Pengarah PT OSA, Ong Siow Aik...

AmInvestment Bank lancar AmEquities, platform dagangan baharu
Ekonomi

AmInvestment Bank lancar AmEquities, platform dagangan baharu

CHRISTOPHER Ng Kok Wai (kiri) dan Leo On Chin Liang ketika pelancaran...

Negeri Sembilan bangunkan hab bioteknologi di Bandar Enstek
Ekonomi

Negeri Sembilan bangunkan hab bioteknologi di Bandar Enstek

AMINUDDIN Harun (lima dari kanan) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBSB, Rafe...