Home Ekonomi Selangor kekal peneraju koperasi tertinggi di Malaysia
Ekonomi

Selangor kekal peneraju koperasi tertinggi di Malaysia

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari / Foto RTM

SHAH ALAM, 16 Disember – Selangor terus mengukuhkan kedudukannya sebagai negeri dengan jumlah koperasi tertinggi di Malaysia, mencatatkan sebanyak 2,185 koperasi setakat 30 Jun lalu.

Peningkatan perolehan turut direkodkan oleh koperasi di Selangor, dengan jumlah RM706 juta pada 2023 berbanding RM464 juta pada 2022.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM235,000 pada tahun ini bagi pembangunan dan pemerkasaan koperasi, bagi memastikan koperasi terus berkembang ke tahap lebih tinggi.

“Jika koperasi dapat menambah baik aspek tadbir urus, beradaptasi dengan digitalisasi, serta meluaskan pasaran dan memenuhi permintaan semasa, kita mampu mencatatkan lebih RM1 bilion nilai ekonomi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Apresiasi Gerakan Koperasi Rumpun Selangor 2024, di sini.

Amirudin turut memaklumkan kerajaan negeri bekerjasama dengan koperasi dalam melaksanakan Jualan Rumpun Selangor, yang menawarkan barangan asas pada harga diskaun untuk membantu golongan berpendapatan rendah (B40).

“Setakat ini, tiga siri jualan telah dijalankan untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat,” tambah beliau.

Dalam usaha memperluaskan peranan koperasi, kerajaan negeri Selangor bercadang menubuhkan koperasi masjid di seluruh negeri menjelang tahun hadapan.

Menurut Amirudin, rancangan tersebut sedang diperhalusi bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk memastikan penubuhan koperasi masjid dilaksanakan dengan baik dan menjaga integriti.

“Koperasi Al-Falah akan dijadikan model awal kerana ia menunjukkan potensi besar dalam menjana pendapatan untuk masjid,” katanya.

Related Articles

Bateriku, RYDE EV jalin kerjasama percepat mobiliti elektrik
Ekonomi

Bateriku, RYDE EV jalin kerjasama percepat mobiliti elektrik

AZAROL Faizi (kiri) bersama Syed Ahmad Faiz pada majlis memeterai kerjasama strategik...

I-Berhad labur RM10j untuk sistem AI, infrastruktur robotik menjelang 2028
Ekonomi

I-Berhad labur RM10j untuk sistem AI, infrastruktur robotik menjelang 2028

LIM Kim Hong (kiri) pada majlis pengumuman komitmen awal I-Berhad sebanyak RM10...

Jangkaan kadar dividen KWSP perlu realistik – Pakar ekonomi
Ekonomi

Jangkaan kadar dividen KWSP perlu realistik – Pakar ekonomi

KWSP mencatatkan pendapatan pelaburan sebanyak RM18.31 bilion untuk suku pertama berakhir 31...

PMKS manfaat pendigitalan peruncitan, tingkat daya saing
Ekonomi

PMKS manfaat pendigitalan peruncitan, tingkat daya saing

PMKS menggunakan kemajuan teknologi digital untuk mempromosikan perniagaan mereka.PETALING JAYA: Pendigitalan dalam...