Home Pasaran NIAGA HADAPAN EMAS DITUTUP TINGGI
Pasaran

NIAGA HADAPAN EMAS DITUTUP TINGGI

NIAGA HADAPAN EMAS DITUTUP TINGGI

KUALA LUMPUR, 12 Dis (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, dipacu keyakinan terhadap potensi penurunan kadar Rizab Persekutuan berikutan pengumuman data inflasi Amerika Syarikat (AS) malam tadi.

Indeks Harga Pengguna (IHP) AS bagi November naik 2.7 peratus daripada 2.6 peratus pada bulan sebelumnya manakala IHP teras kekal pada 3.3 peratus bagi bulan ketiga berturut-turut daripada 3.2 peratus pada Ogos, menunjukkan kadar inflasi yang kekal tinggi. 

Kontrak bulan semerta Disember 2024 meningkat kepada US$2,720.80 setiap auns troy daripada US$2,696.50 setiap auns troy pada Rabu manakala Januari 2025 naik kepada US$2,733.90 setiap auns troy daripada US$2,707.40 setiap auns troy sebelum ini.

Sementara itu, kontrak Februari 2025, Mac 2025 dan April 2025 ditutup lebih tinggi kepada US$2,746.50 setiap auns troy daripada US$2,720.10 semalam.

Jumlah dagangan meningkat kepada 104 lot daripada 59 lot pada Rabu manakala kepentingan terbuka naik kepada 121 kontrak daripada 76 kontrak sebelumnya.

Menurut penetapan harga London Bullion Market Association pada 11 Disember, harga emas fizikal berada pada US$2,705.45 setiap auns troy.

— Livevartha

 

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 19 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada
Pasaran

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS
Pasaran

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS

— Gambar hiasan Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 18 Jun...