Home Pasaran RINGGIT DIBUKA TINGGI WALAUPUN DOLAR US MENGUKUH
Pasaran

RINGGIT DIBUKA TINGGI WALAUPUN DOLAR US MENGUKUH

RINGGIT DIBUKA TINGGI WALAUPUN DOLAR US MENGUKUH

KUALA LUMPUR, 12 Dis (Livevartha) — Ringgit dibuka tinggi berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) hari ini walaupun dolar US dilihat ebagai mata wang selamat kekal kukuh dalam persekitaran sentimen mengelak risiko di pasaran.

Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata: \”Dolar US dan Indeks Dolar AS (DXY) kekal pada paras tinggi selepas Indeks Harga Pengguna (IHP) AS menetapi jangkaan sebelum ini.\”

Beliau berkata IHP AS November berada pada 2.7 peratus, lebih tinggi daripada 2.6 peratus bulan sebelumnya, sebaliknya IHP Teras kekal pada 3.3 peratus selama tiga bulan berturut-turut daripada 3.2 peratus pada bulan Ogos, menunjukkan kadar inflasi kekal tiggi.

“Rizab Persekutuan (Fed) AS dijangka akan menaikkan kadar faedah pada 2025. Mereka akan terus menurunkan kadar faedah kerana pendirian dasar monetari ketika ini masih berada dalam zon terhad.

“Bagaimanapun, mereka mungkin akan menurunkan Kadar Dana Fed (FFR) kerana risiko kenaikan inflasi jelas kelihatan dengan dasar Trump 2.0 mengenai tarif. Oleh itu, ringgit dijangka kekal dalam jajaran kecil hari ini,” katanya kepada Livevartha.

Ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Unit tempatan merosot berbanding pound Britain kepada 5.6498/6632 daripada 5.6389/6459, turun berbanding yen Jepun kepada 2.9083/9154 daripada 2.9013/9051 bagaimanapun naik berbanding euro kepada 4.6493/6604 daripada 4.6515/6573 ketika ditutup pada Rabu.

Sementara itu, mata wang tempatan diniagakan kebanyakannya bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Mendatar, Seiring Prestasi Wall Street

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 19 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Alami Penurunan Selepas Itu

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) –Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada
Pasaran

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Sentimen Kekal Waspada

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 18 Jun (Livevartha) — Ringgit dibuka...

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS
Pasaran

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS

— Gambar hiasan Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 18 Jun...