Home Pasaran Ringgit Terus Catat Kenaikan Berikutan Keyakinan Meningkat Terhadap Satu Lagi Penurunan Kadar Faedah AS
Pasaran

Ringgit Terus Catat Kenaikan Berikutan Keyakinan Meningkat Terhadap Satu Lagi Penurunan Kadar Faedah AS

Ringgit Terus Catat Kenaikan Berikutan Keyakinan Meningkat Terhadap Satu Lagi Penurunan Kadar Faedah AS

Oleh Zarul Effendi Razali

KUALA LUMPUR, 5 Dis (Livevartha) — Ringgit meneruskan kenaikan untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Khamis berikutan keyakinan yang meningkat bahawa terdapat satu lagi penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) pada pertengahan bulan ini.

Pada 6 petang, mata wang tempatan naik kepada 4.4250/4305 berbanding dolar AS daripada .4505/4550 pada Rabu.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit mendapat sokongan yang baik dengan meningkat sehingga RM4.4173 berbanding dolar AS pada sesi pagi tetapi merosot kepada sekitar RM4.4275 pada akhir sesi dagangan.

“Trend itu sejajar dengan penurunan Indeks Dolar AS (DXY) kepada 106.206 mata. Rizab Persekutuan (Fed) AS dijangka menurunkan Kadar Dana Fed sebanyak 25 mata asas lagi dalam mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada 17 hingga 18 Disember ini berdasarkan dasar monetari AS yang kekal ketat dan telah menjejaskan momentum pertumbuhan.

“Data terkini mengenaiIndeks ISM untuk sektor bukan pembuatan mencatatkan52.1 mata pada November daripada 56 mata sebelum ini menunjukkan sektor perkhidmatan AS lemah walaupun pada amnya, ia masih bersifat pengembangan,” katanya kepada Livevartha.

Afzanizam berkata Fed mungkin mahu melonggarkan dasar monetarinya supaya pertumbuhan ekonomi AS yang tanpa menghadapi risiko kemelesetan dapat direalisasikan pada 2025.

Ringgit turut diniagakan tinggi berbanding mata wang utama lain.

Ia mengukuh berbanding pound kepada 5.6286/6356 daripada 5.6415/6472, naik berbanding euro kepada 4.6586/6644 daripada 4.6735/6782 dan meningkat berbanding yen Jepun kepada2.9439/9478 daripada 2.9546/9580 pada Rabu.

Related Articles

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Julai(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS

Gambar Fail Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 3 Julai (Livevartha)...

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Kebanyakannnya
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Kebanyakannnya

KUALA LUMPUR, 2 Julai(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI...

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Fiskal
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Fiskal

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 2 Julai(Livevartha) –Ringgit dibukalebih tinggiberbanding dolar...