Thursday , 6 February 2025
Home Nasional Situasi banjir antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Situasi banjir antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Situasi banjir antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 5 Disember– Isu berkaitan situasi banjir yang sedang melanda negara ketika ini antara yang menjadi tumpuan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, perkara itu dibangkitkan pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri oleh V. Ganabatirau (PH-Klang) yang meminta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyatakan tahap kepuasan kerajaan terhadap pembangunan infrastruktur tebatan banjir dan pelaburan yang berkaitan.

Beliau juga meminta menteri berkenaan menyatakan langkah yang sedang diambil untuk meningkatkan tahap persediaan dan kecekapan tindak balas negara terhadap musibah banjir.

Pada sesi sama, Roslan Hashim (PN- Kulim Bandar Baharu) meminta Menteri Pendidikan menyatakan bilangan pelajar yang terjejas akibat banjir di seluruh negara dan jumlah sekolah yang digunakan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) setakat ini.

Sementara itu, Young Syefura Othman (PH-Bentong) bertanyakan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri mengenai pendirian Malaysia susulan kenyataan Amerika Syarikat yang mengancam untuk mengenakan 100 peratus tarif ke atas negara-negara BRICS yang merancang untuk menggantikan penggunaan US Dollar.

Pada sesi soal jawab pula, Nurul Amin Hamid (PN-Padang Terap) meminta Menteri Pendidikan menjelaskan perancangan untuk menggubal silibus subjek Sejarah Malaysia berikutan terdapat dapatan dan fakta baharu yang perlu diketahui rakyat Malaysia khususnya pelajar sekolah.

Dalam sesi yang sama Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) mengemukakan soalan kepada Menteri Dalam Negeri mengenai langkah yang sedang dan akan diambil kerajaan dalam menangani isu keselamatan sempadan Malaysia-Thailand khususnya bagi membanteras kegiatan pemerdagangan manusia, penyeludupan dadah, senjata api dan barang bersubsidi melalui sempadan.

Selepas sesi itu, persidangan diteruskan dengan pembentangan rang undang-undang untuk bacaan kali kedua antaranya Rang Undang-Undang Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2024; Rang Undang-Undang Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2024; Rang Undang-Undang Majlis Perundingan Gaji Negara (Pindaan) 2024 dan Rang Undang-Undang Profesion Undang-Undang (Pindaan) 2024.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung 35 hari bermula 14 Oktober hingga 12 Disember.- BERNAMA

Related Articles

Banjir: Sarawak rekod 5,845 penduduk terjejas, Sabah 175 orang
Nasional

Banjir: Sarawak rekod 5,845 penduduk terjejas, Sabah 175 orang

Foto APM SarawakKUALA LUMPUR, 5 Februari– Jumlah penduduk terjejas banjir di dua...

Rumah dihempap tanah runtuh di Tatau, empat keluarga selamat
Nasional

Rumah dihempap tanah runtuh di Tatau, empat keluarga selamat

Foto Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) TatauTATAU, 5 Februari – Empat keluarga...

Amaran hujan berterusan di Sarawak dan Sabah
Nasional

Amaran hujan berterusan di Sarawak dan Sabah

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 5 Februari – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan...

Remaja perempuan maut digilis bas di Kuala Terengganu
Nasional

Remaja perempuan maut digilis bas di Kuala Terengganu

FOTO FAIL KUALA TERENGGANU, 5 Februari – Seorang remaja perempuan maut selepas...