Home Nasional Kediaman terbakar, posmen melecur pada muka dan tangan
Nasional

Kediaman terbakar, posmen melecur pada muka dan tangan

Kediaman terbakar, posmen melecur pada muka dan tangan

Foto IPD MARANG

MARANG, 21 November- Seorang posmen melecur pada bahagian muka dan tangan selepas kediamannya terbakar petang tadi.

Ketua Polis Daerah Marang, SuperintendenMohd Sofian Redzuanketika mengesahkan kejadian itu berkata kebakaran berlaku di Taman Emas Murni 2, Marang.

\”Siasatan awal mendapati punca kebakaran adalah akibat litar pintas pada suis pendingin hawa.

\”Difahamkan, sebelum kebakaran, berlaku letupan kecil di ruang tamu dan bilik yang menjadi kawasan utama kebakaran,\” katanya ketika dihubungi RTM.

Kes itu diklasifikasikan sebagai kebakaran bangunan sementara menunggu kenyataan mangsa bagi menyiasat sekiranya terdapat unsur mencurigakan.

Mangsa yang cedera telah dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut.

Related Articles

Agong terima mengadap Perdana Menteri di Istana Negara
Nasional

Agong terima mengadap Perdana Menteri di Istana Negara

Perdana Menteri menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara/Foto Sultan Ibrahim Sultan...

Insiden Putra Heights: Operasi tumpu kerja sedut air di kawah kebakaran
Nasional

Insiden Putra Heights: Operasi tumpu kerja sedut air di kawah kebakaran

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 6 April- Mengeluarkan air yang bertakung di kawasan kawah...

Angka penduduk terjejas banjir Johor, Sabah tidak berubah
Nasional

Angka penduduk terjejas banjir Johor, Sabah tidak berubah

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 6 April- Seramai 254 orang daripada 88 keluarga terjejas...

Banjir: Penduduk terjejas di Batu Pahat 254 orang
Nasional

Banjir: Penduduk terjejas di Batu Pahat 254 orang

Foto APMBATU PAHAT, 5 April– Angka penduduk terjejas banjir di Pusat Pemindahan...