Home Pasaran Bursa Malaysia Melantun Semula Disokong Aktiviti Membeli Saham Berharga Rendah
Pasaran

Bursa Malaysia Melantun Semula Disokong Aktiviti Membeli Saham Berharga Rendah

Bursa Malaysia Melantun Semula Disokong Aktiviti Membeli Saham Berharga Rendah

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 18 Nov(Livevartha) –Bursa Malaysia melantun semula daripada penurunan pada minggu lepasuntuk ditutuptinggi hari ini, disokong oleh aktiviti membeli saham berharga rendahwalaupun prestasi lemahdi Wall Street dan kebanyakan bursa serantau lain, kata seorang penganalisis.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 11.60 mata untuk ditutup kepada 1,604.04 daripada paras 1,592.44 padaJumaat minggu lepas.

Indeks petunjuk pasaran yang dibuka tinggi naik 0.47 mata kepada 1,592.91, bergerak antara paras 1,591.49 dan 1,605.41 sepanjangsesi dagangan.

Bagaimanapun, suasana pasaran mencatatkan prestasi tidak menentu dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 529 berbanding 484 manakala 486 kaunter kekal tidak berubah, 958 tidak diniagakan dan 15 digantung.

Jumlah dagangan meningkatkepada 2.96 bilion unit bernilai RM2.23 bilion berbanding 2.68 bilion unit bernilai RM2.65 bilion pada Jumaat minggu lepas.

Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata, indeks utama serantau mencatatkan trend bercampur-campur di tengah-tengah sentimen berhati-hati terhadap kemungkinan dasar inflasi Presiden Donald Trumpdan jangkaan rangsangan selanjutnya daripada China.

“Perhatian beralih kepada Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) AS, Jerome Powell yang akan menyampaikan ucapannya tidak lama lagi, ketika pasaran mencari arah hala tujudasar monetari, dengan Fed mengulangi pendiriannya yangbergantung kepada data selepas menurunkankadar faedah pada minggu lepas,” katanya kepada Livevartha.

Sementara ituThongmengekalkan pendirian berhati-hatiterhadap pasaran tempatan kerana FBM KLCI masih kekal dalam fasa penstabilan, tidak menunjukkan petanda jelas akan meningkat semula.

Related Articles

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Kebanyakannnya
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Kebanyakannnya

KUALA LUMPUR, 2 Julai(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI...

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Fiskal
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Fiskal

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 2 Julai(Livevartha) –Ringgit dibukalebih tinggiberbanding dolar...

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat
Pasaran

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) –Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM...

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat
Pasaran

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) — Bursa Malaysia memulakan urus niaga hari...