Home Pasaran Kadar Antara Bank Jangka Pendek Ditutup Stabil
Pasaran

Kadar Antara Bank Jangka Pendek Ditutup Stabil

Kadar Antara Bank Jangka Pendek Ditutup Stabil

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Livevartha) — Kadarantara bankjangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional melonjak kepada RM35.10 bilion daripadaRM28.91 bilion pada sesi pagimanakala mudah tunai dana Islam merosot kepadaRM19.50 bilion daripadaRM22.09 bilion sebelumnya.

Awal hari ini, bank pusat menawarkan dua tender repo berbalik dan satu tender repo berbalik Islam.

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semulaserta kemudahan MurabahahKomoditi Bercagar untuktempoh satuminggu, satu bulan dan tiga bulan.

Bank pusat itu turut menyemak semula tender semalaman konvensional kepada RM35.1 bilion daripada RM33.9 bilion.

Pada 4 petang, BNM menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM35.10 bilion dan tender pasaran wang Murabahah bernilai RM19.50 bilion, kedua-duanya dengan tempoh matang tiga hari.

Kadar Semalaman Islam Malaysia(MYOR-i) kekal pada 3.00 peratus pada 15 Nov.

— Livevartha

Related Articles

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Kebanyakannnya
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Kebanyakannnya

KUALA LUMPUR, 2 Julai(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI...

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Fiskal
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Fiskal

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 2 Julai(Livevartha) –Ringgit dibukalebih tinggiberbanding dolar...

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat
Pasaran

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) –Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM...

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat
Pasaran

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) — Bursa Malaysia memulakan urus niaga hari...