Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Kebimbangan Permintaan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Kebimbangan Permintaan

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Kebimbangan Permintaan

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin berikutan kenaikan harga baru-baru ini disebabkan kebimbangan mengenai permintaan yang lemah dalam beberapa minggu akan datang, kata seorang peniaga.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata harga minyak kacang soya lebih rendah diLembaga Perdagangan Chicago(CBOT)menyumbang kepada penurunan harga MSM.

"Kami melihat paras sokongan pada RM4,830 dan padas rintangan pada RM5,000," katanya kepada Livevartha.

Pada penutup dagangan, kontrak Disember2024 susutRM148 kepadaRM4,971 satu tan, Januari2025 turun RM161 kepada RM4,927 danFebruari 2025 merosotRM154 kepadaRM4,899 setan.

Mac 2025 jatuhRM141 kepadaRM4,811 satu tan, April 2025 berkuranganRM127 kepadaRM4,703 danMei2025 susut RM119 kepada RM4,579 setan.

Jumlah dagangan menguncupkepada 102,222lot daripada 112,146lot pada Jumaatmanakala kepentingan terbuka naik kepada 253,787kontrak daripada 253,114kontrak sebelum ni.

Harga MSM fizikal bagi NovemberSelatan merosot RM90 kepada RM5,080satu tan.

— Livevartha

Related Articles

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Kebanyakannnya
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Kebanyakannnya

KUALA LUMPUR, 2 Julai(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI...

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Fiskal
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Fiskal

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 2 Julai(Livevartha) –Ringgit dibukalebih tinggiberbanding dolar...

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat
Pasaran

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) –Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM...

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat
Pasaran

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) — Bursa Malaysia memulakan urus niaga hari...