Home Pasaran Pasaran Getah Ditutup Rendah Dipengaruhi Faktor Serantau
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Rendah Dipengaruhi Faktor Serantau

Pasaran Getah Ditutup Rendah Dipengaruhi Faktor Serantau

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Livevartha) — Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah hari ini, dipengaruhi oleh penurunan pasaran niaga hadapan getah serantau dan pengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), kata seorang peniaga.

Katanya, sentimen pasaran turut dipengaruhi oleh ketidaktentuan dasar kewangan AS dan ketika peniaga meneliti laporan statistik getah yang dikeluarkanolehPersatuan Negara Pengeluar Getah Asli (ANRPC).

ANRPC melaporkanpengeluaran getah asli (NR) global melonjak pada Oktober 2024 mencecah 11.2 juta tan, iaitu meningkat 2.9 peratus daritahun ke tahun, manakala permintaan global menyusut 4.5 peratus kepada 12.1 juta tan.

“Namun, penurunanberterusan berjaya dihadkan oleh pemulihan harga minyak mentah dan gangguan bekalan getah asliakibat keadaan cuaca tidak menentu di beberapa negara pengeluar utama,” katanya kepada Livevartha

Memetik Jabatan Meteorologikal Thai, peniaga itu berkata hujan lebat mungkin menyebabkan berlakunya banjir kilat, termasuk di selatan Thailand, hingga 23 Nov, 2024.

Menurut Lembaga Getah Malaysia, hargaStandard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) turun10 sen kepada847.5sen setiap kilogram manakala lateks pukal susut 2.0 sen kepada 678.5 setiap kilogram.

Pada jam 5 petang,SMR 20 kekal pada 841 sen setiap kilogram dan lateks pukal pada 678 sen setiap kilogram.

— Livevartha

Related Articles

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Kebanyakannnya
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Kebanyakannnya

KUALA LUMPUR, 2 Julai(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI...

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Fiskal
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Fiskal

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 2 Julai(Livevartha) –Ringgit dibukalebih tinggiberbanding dolar...

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat
Pasaran

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) –Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM...

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat
Pasaran

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) — Bursa Malaysia memulakan urus niaga hari...