Home Pasaran Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Berikutan Peningkatan Ketegangan Di Asia Barat
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Berikutan Peningkatan Ketegangan Di Asia Barat

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Berikutan Peningkatan Ketegangan Di Asia Barat

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan emas diBursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, di tengah-tengahketegangan geopolitik yang semakin meningkat di Asia Barat yang sekali gus melonjakkan permintaan pelabur.

Kontrak bulan semerta November 2024 meningkat kepadaUS$2,597.70 setiap auns troy daripada US$2,572.30 setiap auns troy pada Jumaat minggu lepas.

Manakala kontrak Disember 2024, Januari 2025, Februari 2025 dan April 2025 kekal padaUS$2,611.10 setiap auns troy berbandingUS$2,585.80 sebelumnya.

Jumlah dagangan merosot kepada satu lot daripada lapan lot pada Jumaat, manakala kepentingan terbuka susut kepada 26 kontrak daripada 36 kontrak sebelumnya.

MengikutLondon Bullion Market Association pada 15 Nov, harga fizikal emas kekal pada US$2,571.80 setiap auns troy.

— Livevartha

Related Articles

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Kebanyakannnya
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Kebanyakannnya

KUALA LUMPUR, 2 Julai(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI...

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Fiskal
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Fiskal

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 2 Julai(Livevartha) –Ringgit dibukalebih tinggiberbanding dolar...

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat
Pasaran

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) –Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM...

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat
Pasaran

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) — Bursa Malaysia memulakan urus niaga hari...