Home Ekonomi Kadar jangka pendek antara bank kekal stabil
Ekonomi

Kadar jangka pendek antara bank kekal stabil

Kadar jangka pendek antara bank kekal stabil

BANK NEGARA MALAYSIA

KUALA LUMPUR, 8 November- Kadar jangka pendek antara bank ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional menyusut kepada RM39.10 bilion daripada RM43.11 bilion pada sesi pagi, manakala mudah tunai dana Islam menokok kepada RM20.50 bilion daripada RM19.29 bilion sebelumnya.

Awal hari ini, bank pusat menawarkan satu tender repo berbalik dan satu tender repo berbalik Islam.

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik serta kemudahan murabahah komoditi bercagar untuk tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.

Pada 4.00 petang, BNM menawarkan tender pasaran wang konvensional RM39.10 bilion dan tender pasaran wang murabahah RM20.50 bilion, kedua-duanya untuk tempoh matang tiga hari.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) kekal 3.00 peratus pada 7 November.- Livevartha

Related Articles

Sukar dapat dana, dorong syarikat pemula berpindah
Ekonomi

Sukar dapat dana, dorong syarikat pemula berpindah

PEMANDANGAN Kuala Lumpur.WALAUPUN ekosistem startup atau pemula niaga Malaysia terus berkembang, akses...

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah
Ekonomi

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah

KHAIRIL ANUAR MOHAMMAD ANUARPETALING JAYA: Co-opbank Pertama (CBP) menjalinkan kerjasama strategik bersama...

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE
Ekonomi

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE

DARREN Chang (tengah) ketika sidang media selepas penyenaraian syarikat itu di Pasaran...

Tealive yakin capai sasaran tembusi 13 negara tahun ini
Ekonomi

Tealive yakin capai sasaran tembusi 13 negara tahun ini

BRYAN LOO (depan, tiga dari kanan) bersama Khairy Jamaluddin (empat dari kiri)...