Home Pasaran Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari
Pasaran

Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Livevartha) — Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari ini, didorong oleh sentimen pelabur yang berhati-hati walaupun Wall Street mencatat prestasi kukuh dalam tempoh semalaman.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) rendah 9.26 mata atau 0.56 peratus kepada 1,624.91 berbanding 1,634.17 semasa ditutup pada Rabu.

Indeks utama itu dibuka 1.97 mata lebih tinggi kepada 1,636.14 dan bergerak antara 1,623.30 hingga 1,639.55 sepanjang sesi pagi.

Sentimen pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 633 berbanding 359 manakala 463 kaunter tidak berubah, 951 tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan sebanyak 2.31 bilion saham bernilai RM1.68 bilion.

Dalam nota hari ini, Malacca Securities Sdn Bhd berkata memandangkan prestasi kukuh Wall Street dalam tempoh semalaman, ia yakin 'Trump Trade' mungkin memberi impak positif kepada pasaran tempatan, terutama dalam memberikan manfaat kepada sektor teknologi dalam jangka masa terdekat.

“Walaupun kami menjangka sektor minyak dan gas mungkin tidak berubah berikutan harga minyak mentah semasa, kami mengekalkan prospek positif dalam saham sarung tangan berikutan ringgit dijangka menyusut dalam jangka terdekat selepas kemenangan Donald Trump.

“Selain itu, kami memihak kepada sektor pembinaan, bahan binaan, hartanah dan utiliti memandangkan kita berada dalam tempoh pendapatan korporat,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, CIMB Group naik 5.0 sen kepada RM8.25 dan IHH Healthcare meningkat 2.0 sen kepada RM7.28 manakala Public Bank rendah 2.0 sen kepada RM4.47, Maybank merosot 2.0 sen kepada RM10.58 dan Tenaga Nasional susut 8.0 sen kepada RM14.30.

Related Articles

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Kebanyakannnya
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Kebanyakannnya

KUALA LUMPUR, 2 Julai(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI...

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Fiskal
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Fiskal

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 2 Julai(Livevartha) –Ringgit dibukalebih tinggiberbanding dolar...

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat
Pasaran

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) –Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM...

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat
Pasaran

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) — Bursa Malaysia memulakan urus niaga hari...