Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Prospek Pengeluaran Lemah
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Prospek Pengeluaran Lemah

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Prospek Pengeluaran Lemah

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 7 Nov(Livevartha) — Niaga hadapan minyak sawit mentah(MSM) diBursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Khamis berikutanprospek pengeluaran yang lebih lemah di Malaysia," kata seorang peniaga.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata permintaan yang dijangka lebih tinggibagi minyak sawit dengan Indonesiaingin meningkatkan mandat biofuelnya,turut meningkatkan sentimen pasaran.

“Sentimen pasaran juga dipengaruhi oleh harga minyak kacang soya yang lebih tinggi. Oleh itu, kami melihat paras sokongan pada RM4,900 satu tan dan paras rintangan pada RM5,050 satu tan,” katanya kepada Livevartha.

Dalam pada itu, Penganalisis Kanan Fastmarket Palm Oil Analytics Sathia Varqa berkata niaga hadapan MSM ditutup lebih tinggi selepas sesi dagangan yang tidak menentuhasil daripada gabungan momentum pengambilan untung dan belian.

Beliau berkata anggaran pengeluaran yang lebih rendah, prestasi minyak sayuran berkaitan yang lebih tinggidan pandangan mengenai peningkatan permintaan minyak sawit dalam segmen biodiesel menyokong pasaran yang lebih tinggi hari ini dengan aktiviti pengambilan untung yang berselerak.

"Data Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA) yang dikeluarkan selepas sesi tengah hari menunjukkan pengeluaran pada Oktober tidak berubah berbanding September, berikutan penurunan besar dalam pengeluaran dari Semenanjung,mengimbangi pertumbuhan dari negeri Sabah," katanya.

Sementara itu, Ketua Penyelidikan Komoditi Sunvin Group yang berpangkalan di Mumbai, Anilkumar Baganiberkata harga MSMtelah melepasi RM5,000 setiap tan untuk kali pertama sejak Jun 2022.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semertaNovember 2024 danDisember 2024 meningkatRM39 masing-masing kepada RM5,038 danRM4,996 setiap tan manakala Januari2025 berkembangRM35 kepadaRM4,952 setiap tan.

Related Articles

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Kebanyakannnya
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Kebanyakannnya

KUALA LUMPUR, 2 Julai(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI...

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Fiskal
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Fiskal

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 2 Julai(Livevartha) –Ringgit dibukalebih tinggiberbanding dolar...

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat
Pasaran

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) –Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM...

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat
Pasaran

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) — Bursa Malaysia memulakan urus niaga hari...