Home Pasaran Ringgit Ditutup Rendah Susulan Keputusan Pilihan Raya AS
Pasaran

Ringgit Ditutup Rendah Susulan Keputusan Pilihan Raya AS

Ringgit Ditutup Rendah Susulan Keputusan Pilihan Raya AS

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 6 Nov(Livevartha) –Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini, mengakhiri kenaikan dua hari berturut-turutnya apabila keputusan pilihan raya Amerika Syarikat (AS) mula diperoleh, kata seorang pakar ekonomi.

Pada6 petang, unit tempatan turun kepada4.4000/4070 berbanding paras penutup4.3415/3505 pada Selasa.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata calon Republican Donald Trump dilihat mendahuluipersaingan sebagai bakal presiden dan ini menyemarakkan lagi pandangankemungkinan tarif yang lebih tinggi dan dasar fiskal pengembangan yang bakal membentuk ekonomi ASpada 2025.

“Ketidakpastian adalah bagaimana Rizab Persekutuan (Fed) akan bertindak balas terhadap maklumat terkini — sebagai contoh, keputusan pilihan raya– walaupun perubahan dasar sebenar atau semakan semula akan mengambil sedikit masa.

"Kami percaya Fed mungkin mahu menurunkan lagiKadar Dana Persekutuan minggu ini dan barangkali pada Disember," katanya kepada Livevartha.

Bagaimanapun, beliau berkata, tahun depan bank pusat AS itu mungkin mengambil pendekatan berhati-hati terhadap risiko inflasi yang lebih tinggi berikutan antara lainnya kemungkinan perubahan dalam dasar utama, iaitu mengenai tarif, pengusiran beramai-ramai pendatang tanpa izin dan langkah pemotongan cukai kekal (langkah yang digubal pada 2017).

"Buat masa ini, ketidakpastian bermakna permintaan terhadap dolar AS dan oleh itu, kita akan melihat ringgit diniagakan dalam dagangan berhati-hati," katanya.

Sementara itu, pengarah urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata Trump kemungkinan besar bakal menduduki kembali Rumah Putih susulan sokongan besar dariPennsylvania.

Related Articles

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Kebanyakannnya
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Kebanyakannnya

KUALA LUMPUR, 2 Julai(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI...

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Fiskal
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Fiskal

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 2 Julai(Livevartha) –Ringgit dibukalebih tinggiberbanding dolar...

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat
Pasaran

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) –Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM...

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat
Pasaran

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) — Bursa Malaysia memulakan urus niaga hari...