Home Ekonomi OPR kekal pada paras tiga peratus – BNM
Ekonomi

OPR kekal pada paras tiga peratus – BNM

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 6 November– Kadar Dasar Semalaman (OPR) terus dikekalkan pada paras semasa, tiga peratus.

Ia dimuktamadkan pada mesyuarat terakhir Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM), untuk tahun ini.

Tahap OPR tidak berubah sejak Julai 2023, selepas kenaikan 25 mata asas dibuat pada Mei tahun sama.

Menurut kenyataan BNM, pendirian dasar monetari terus menyokong ekonomi dan konsisten dengan penilaian semasa berkaitan prospek inflasi dan pertumbuhan.

\”Jawatankuasa Dasar Monetori (MPC) akan terus memantau perkembangan semasa dan memastikan pendirian dasar monetari kekal kondusif untuk pertumbuhan ekonomi yang mamp​an dalam keadaan harga yang stabil.

Ekonomi global terus berkembang dalam keadaan pasaran buruh yang berdaya tahan dan pemulihan dalam perdagangan global,\” kata kenyataan itu.

Di peringkat domestik, penunjuk terkini mencatatkan kegiatan ekonomi yang terus kukuh, didorong perbelanjaan dalam negeri dan kerancakkan aktiviti eksport.

Pertumbuhan guna tenaga dan upah berserta langkah-langkah dasar terus menyokong perbelanjaan isi rumah.

\”Inflasi keseluruhan dan inflasi teras kekal sederhana pada purata 1.8 peratus serta diunjur kekal terkawal menjelang 2025.

Risiko kenaikan inflasi, bergantung pada tahap kesan limpahan langkah-langkah dasar, harga komoditi global dan perkembangan pasaran kewangan,\” tambah kenyataan itu.

Related Articles

Sukar dapat dana, dorong syarikat pemula berpindah
Ekonomi

Sukar dapat dana, dorong syarikat pemula berpindah

PEMANDANGAN Kuala Lumpur.WALAUPUN ekosistem startup atau pemula niaga Malaysia terus berkembang, akses...

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah
Ekonomi

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah

KHAIRIL ANUAR MOHAMMAD ANUARPETALING JAYA: Co-opbank Pertama (CBP) menjalinkan kerjasama strategik bersama...

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE
Ekonomi

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE

DARREN Chang (tengah) ketika sidang media selepas penyenaraian syarikat itu di Pasaran...

Tealive yakin capai sasaran tembusi 13 negara tahun ini
Ekonomi

Tealive yakin capai sasaran tembusi 13 negara tahun ini

BRYAN LOO (depan, tiga dari kanan) bersama Khairy Jamaluddin (empat dari kiri)...