Home Pasaran Bursa Malaysia Ditutup Tinggi, Lepasi Paras 1,600
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi, Lepasi Paras 1,600

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi, Lepasi Paras 1,600

Oleh NurulJannah Kamaruddin

KUALA LUMPUR, 1 Nov(Livevartha) — Kenaikandalam saham perladangan, SD Guthrie, didorong oleh lonjakan harga minyak sawit mentah (MSM) ke paras tertinggi bagi tempoh28 bulan hari ini, menaikkan indeks barometer Bursa Malaysia untuk melepasi paras psikologi 1,600 pada Jumaat.

Bagaimanapun, tekanan jualan jelas kelihatan dalam saham perbankan, mengehadkan kenaikanindeks secara keseluruhan dengan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.1 mata,pada 1,603.98 daripada paras penutup pada1,601.88 pada Rabu.

Indeks utama dibuka tinggi naik 10.82mata kepada 1,591.06, bergerak antara 1,589.27 dan1,607.04 sepanjang sesi dagangan.

Di keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 538berbanding 422 dengan 482kaunter tidak berubah, 933tidak diniagakan dan 30yang lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan susut kepada 2.14bilion unit bernilai RM2.44bilion daripada 2.52bilion unit bernilai RM2.96bilion pada Rabu.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata niaga hadapan MSM melepasi RM4,900 setan hari ini, menarik minat lebih ramai pelaburdan menyokong daya tahan pasaran terhadap cabaran ekonomi global.

Kenaikan harga MSM selama tiga hari berturut-turut, dirangsang oleh harga minyak mentah yang lebih tinggi dalam persekitaranjangkaan bahawa permintaan dari Amerika Syarikat akan meningkat dan peningkatan output dijangka akan ditangguholeh Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC).

Beliau berkata pelabur menumpukan perhatian kepadakenaikan hasil bon Perbendaharaan Ameria Syarikat (AS) dengan jangkaan bahawa Rizab Persekutuan (Fed) AS mungkin tidak akan menurunkankadar faedah dalam persekitaran data ekonomi AS yang kukuh.

Related Articles

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Julai(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS

Gambar Fail Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 3 Julai (Livevartha)...

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Kebanyakannnya
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Kebanyakannnya

KUALA LUMPUR, 2 Julai(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI...

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Fiskal
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Fiskal

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 2 Julai(Livevartha) –Ringgit dibukalebih tinggiberbanding dolar...