Home Pasaran Niaga Hadapan Emas Melonjak, Pelabur Tumpu Pilihan Raya Presiden AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Melonjak, Pelabur Tumpu Pilihan Raya Presiden AS

Niaga Hadapan Emas Melonjak, Pelabur Tumpu Pilihan Raya Presiden AS

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Livevartha) –Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada hari Rabu selepas para pelabur menumpukan perhatian mereka pada pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS)minggu depan, kata seorang penganalisis.

Rakan Pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata kenaikan tahap akhir itu telah dijana oleh kegelisahan susulan pilihan raya AS, menyebabkanpelabur mencari jaminan dalam logam berharga menjelang ketidaktentuan yang memuncak di sekitar peralihan dasar AS.

“Saya berpendapat pembeli Asia, khususnya, akan terus menambah momentum menaik emas, mencerminkan turun naik pada hari-hari mendatang.

“Berikutan ancaman perlindungan dasar AS semakin ketara, kami melihat kelukyang jelas daripada mata wang terdedah kepada logam selamat seperti emasdan momentum initidak kelihatan seperti ia akan berkurangan dalam masa terdekat,” katanya kepada Livevartha.

Bulan semerta Oktober 2024 melonjak kepada US$2,784.0 daripada US$2,758.70 setiap auns troy yang disaksikan semalam,November 2024 mengukuh kepada US$2,798.90 setiap auns troy daripada US$2,775.0 setiap auns troy.

Sementara itu,Disember 2024, Januari 2025 serta Februari 2028, masing-masing berada pada US$2,807.0 setiap auns troy berbandingUS$2,783.10 setiap auns troy sebelum ini.

Jumlah dagangan, bagaimanapun, menokok kepada 20 lot daripada tujuh lot semalam, manakala kepentingan terbuka bertambah kepada 27 kontrak daripada 18 kontrak sebelumnya.

Menurut penetapan petang London Bullion Market Association pada 29 Oktober, harga emas fizikal berada pada US$2,769.15 setiap auns troy.

Related Articles

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Kebanyakannnya
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Kebanyakannnya

KUALA LUMPUR, 2 Julai(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI...

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Fiskal
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Fiskal

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 2 Julai(Livevartha) –Ringgit dibukalebih tinggiberbanding dolar...

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat
Pasaran

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) –Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM...

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat
Pasaran

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) — Bursa Malaysia memulakan urus niaga hari...