Home Ekonomi Ringgit meningkat semula, dibuka tinggi berbanding dolar
Ekonomi

Ringgit meningkat semula, dibuka tinggi berbanding dolar

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 29 Oktober- Ringgit meningkat semula untuk dibuka tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa, walaupun wujud sentimen berhati-hati menjelang pilihan raya presiden AS dan mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Rizab Persekutuan (FOMC) minggu depan.

Pada pukul 8.03 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.3580/3645 berbanding dolar AS daripada 4.3605/3640 ketika ditutup semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS (DXY) kekal tinggi pada 104.316 mata kerana pasaran menunggu keputusan daripada kedua-dua peristiwa itu minggu depan.

Pilihan raya presiden AS dijadualkan pada 5 Nov, 2024 manakala mesyuarat FOMC akan berlangsung pada 6 hingga 7 Nov, 2024.

“Kita semua boleh bersetuju bahawa ekonomi AS masih berdaya tahan berbanding rakannya daripada kalangan G7, membolehkan Rizab Persekutuan AS mengambil masa untuk melonggarkan dasar monetari.

“Dalam konteks ini, pelabur berkemungkinan cenderung kepada dolar AS susulan keadaan ketidaktentuan yang ketara,” katanya kepada Bernama.

Mohd Afzanizam berkata kesungguhan dalam pilihan raya presiden AS akan terus menguasai sentimen pasaran, manakala petunjuk ekonomi seperti pembayaran gaji bukan ladang (NFP) dan kadar pengangguran tidak diberikan banyak perhatian oleh pelabur.

Beliau menjangkakan ringgit kekal lemah berbanding dolar AS, didorong oleh peristiwa luar.

Ringgit mengukuh berbanding beberapa mata wang utama pagi ini.

Unit tempatan meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.8471/8515 daripada 2.8521/8545 ketika ditutup pada Isnin, dan naik berbanding pound British kepada 5.6549/6634 daripada 5.6564/6610.

Ringgit lebih stabil berbanding euro kepada 4.7145/7215 daripada 4.7159/7197.

Sementara itu, ringgit didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang negara ASEAN.

Mata wang domestik meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2955/3007 daripada 3.2979/3008 semalam, dan naik berbanding rupiah Indonesia kepada 277.1/277.6 daripada 277.2/277.6.

Bagaimanapun, ringgit kekal tidak berubah berbanding peso Filipina pada 7.48/7.49, dan susut berbanding baht Thailand kepada 12.9015/12.9303 daripada 12.8780/8933 semalam.- Livevartha

Related Articles

Sukar dapat dana, dorong syarikat pemula berpindah
Ekonomi

Sukar dapat dana, dorong syarikat pemula berpindah

PEMANDANGAN Kuala Lumpur.WALAUPUN ekosistem startup atau pemula niaga Malaysia terus berkembang, akses...

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah
Ekonomi

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah

KHAIRIL ANUAR MOHAMMAD ANUARPETALING JAYA: Co-opbank Pertama (CBP) menjalinkan kerjasama strategik bersama...

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE
Ekonomi

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE

DARREN Chang (tengah) ketika sidang media selepas penyenaraian syarikat itu di Pasaran...

Tealive yakin capai sasaran tembusi 13 negara tahun ini
Ekonomi

Tealive yakin capai sasaran tembusi 13 negara tahun ini

BRYAN LOO (depan, tiga dari kanan) bersama Khairy Jamaluddin (empat dari kiri)...