Home Ekonomi Niaga hadapan emas dijangka diniagakan tinggi minggu depan
Ekonomi

Niaga hadapan emas dijangka diniagakan tinggi minggu depan

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 26 Oktober- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka didagangkan tinggi minggu depan ketika para pelabur bersiap sedia menghadapi keadaan pasaran yang tidak menentu menjelang pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS).

Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata pelabur sedang memantau rapat perkembangan pilihan raya presiden AS dengan rasa gelisah, terutamanya sekiranya kemenangan berpihak kepada Parti Republikan kerana kecenderungan parti itu kepada perlindungan perdagangan boleh menjejaskan kestabilan perdagangan global.

“Kebimbangan hutang AS yang semakin meningkat dan ketidaktentuan ekonomi menjadikan emas pilihan utama dalam tempoh tidak menentu ini, dan permintaan kukuh itu dijangka berterusan hingga ke minggu depan,” katanya kepada Bernama.

Oleh itu, Innes menjangka emas mencecah US$2,800.00 setiap auns troy menjelang pilihan raya presiden yang akan diadakan pada 5 November.

Bagi asas Jumat ke Jumaat, kontrak bulan semerta Oktober 2024 ditutup tinggi minggu ini kepada US$2,720.90 setiap auns troy daripada US$2,718.00 pada minggu sebelumnya dan November 2024 naik kepada US$2,737.20 setiap auns troy berbanding US$2,733.00.

Kontrak Disember 2024, Januari 2025 dan Februari 2025 ditutup tinggi pada US$2,745.30 setiap auns troy daripada US$2,741.10 pada minggu sebelumnya.

Jumlah dagangan menokok kepada 173 lot daripada 59 lot pada minggu lepas manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 21 kontrak berbanding 40 kontrak sebelumnya.

Menurut harga penetapan London Bullion Market Association pada 24 Okt, haga emas fizikal berada pada US$2,732.00 setiap auns troy.- Livevartha

Related Articles

Sukar dapat dana, dorong syarikat pemula berpindah
Ekonomi

Sukar dapat dana, dorong syarikat pemula berpindah

PEMANDANGAN Kuala Lumpur.WALAUPUN ekosistem startup atau pemula niaga Malaysia terus berkembang, akses...

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah
Ekonomi

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah

KHAIRIL ANUAR MOHAMMAD ANUARPETALING JAYA: Co-opbank Pertama (CBP) menjalinkan kerjasama strategik bersama...

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE
Ekonomi

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE

DARREN Chang (tengah) ketika sidang media selepas penyenaraian syarikat itu di Pasaran...

Tealive yakin capai sasaran tembusi 13 negara tahun ini
Ekonomi

Tealive yakin capai sasaran tembusi 13 negara tahun ini

BRYAN LOO (depan, tiga dari kanan) bersama Khairy Jamaluddin (empat dari kiri)...