Home Pasaran Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Tinggi Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Tinggi Minggu Depan

Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Tinggi Minggu Depan

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 26 Okt(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka didagangkantinggi minggu depan ketika parapelabur bersiap sedia menghadapi keadaan pasaran yang tidak menentu menjelang pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS).

Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata pelabur sedang memantau rapat perkembangan pilihan raya presiden AS denganrasa gelisah, terutamanya sekiranyakemenangan berpihak kepada Parti Republikan keranakecenderungan parti itu kepada perlindungan perdagangan bolehmenjejaskan kestabilan perdagangan global.

“Kebimbangan hutang AS yang semakin meningkat dan ketidaktentuan ekonomi menjadikan emas pilihan utama dalam tempoh tidak menentu ini, dan permintaan kukuh itudijangka berterusanhingga keminggu depan,” katanya kepada Livevartha.

Oleh itu, Innes menjangka emas mencecah US$2,800.00 setiap auns troy menjelang pilihan raya presiden yang akan diadakan pada 5 Nov.

Bagi asas Jumat ke Jumaat, kontrak bulan semertaOktober 2024 ditutup tinggi minggu ini kepada US$2,720.90 setiap auns troy daripada US$2,718.00 pada minggu sebelumnya danNovember 2024 naik kepadaUS$2,737.20 setiap auns troy berbandingUS$2,733.00.

Kontrak Disember 2024, Januari2025 danFebruari2025 ditutup tinggi padaUS$2,745.30 setiap auns troy daripadaUS$2,741.10 pada minggu sebelumnya.

Jumlah dagangan menokok kepada173 lot daripada59 lot pada minggu lepas manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada21 kontrak berbanding 40 kontrak sebelumnya.

Menurutharga penetapan London Bullion Market Association pada 24 Okt, haga emas fizikal berada padaUS$2,732.00 setiap auns troy.

Related Articles

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Julai(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS

Gambar Fail Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 3 Julai (Livevartha)...

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Kebanyakannnya
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Kebanyakannnya

KUALA LUMPUR, 2 Julai(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI...

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Fiskal
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Fiskal

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 2 Julai(Livevartha) –Ringgit dibukalebih tinggiberbanding dolar...