Home Pasaran Pasaran Getah Dijangka Tidak Berubah Minggu Depan
Pasaran

Pasaran Getah Dijangka Tidak Berubah Minggu Depan

Pasaran Getah Dijangka Tidak Berubah Minggu Depan

gambar file

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Livevartha) –Pasaran getah tempatan dijangka diniagakan dalam mod mendatar minggu depan, dengan permintaan dan harga kekal rendah, menurut pakar industri Denis Low.

Beliau berkata pasaran juga akan mengalami aliran tidak banyak berubahberikutan aktiviti lazim pengisian semulastok,manakala minat terhadap pembelian stok getah tambahan akan kekalbuat masa ini.

“Ketidaktentuan dalam ekonomi global boleh menyebabkan turun naik harga dan permintaan, namun, buat masa ini, pasaran akan menyaksikan aktiviti lazim pengisian semulastok,” kata Low kepada Livevartha.

Beliau juga berkata cadangan penangguhan 12 bulan Peraturan PenyahhutananKesatuan Eropah (EUDR) melegakanbeberapa syarikat dan kerajaan antarabangsa.

Bagaimanapun, banyak organisasi alam sekitar telah mengkritik penangguhan itu, kata Low.

"Ini juga mungkin memperlahankan aktiviti penyimpanan stok getah disebabkan ketidaktentuan pematuhan dan potensi perubahan pasaran," katanya.

Sementara itu, Persatuan Pengilang Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) kekal optimistik terhadap prospek pasaran getah, didorong oleh kenaikan harga minyak mentah dan pengukuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS), walaupun kebimbangan bekalan berterusan.

"Cabaran seperti penurunan kecilharga lateks, prestasi ekonomi bercampur-campur di China, dan ketegangan geopolitik di Timur Tengah menyumbang kepada ketidaktentuan pasaran," katanya.

Related Articles

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Kebanyakannnya
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Kebanyakannnya

KUALA LUMPUR, 2 Julai(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI...

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Fiskal
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Fiskal

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 2 Julai(Livevartha) –Ringgit dibukalebih tinggiberbanding dolar...

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat
Pasaran

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) –Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM...

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat
Pasaran

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) — Bursa Malaysia memulakan urus niaga hari...