Home Ekonomi Transformasi digital lonjak produktiviti peniaga runcit, F&B
Ekonomi

Transformasi digital lonjak produktiviti peniaga runcit, F&B

Transformasi digital lonjak produktiviti peniaga runcit, F&B

SEKTOR makanan dan minuman (F&B) dijangka mampu tingkatkan produktiviti menerusi inisiatif Belanjawan 2025. – GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA: Nexus Produktiviti Peruncitan dan Makanan & Minuman (RFBPN) yakin bahawa industri peruncitan serta makanan dan minuman (F&B) negara dapat melonjakkan produktiviti selepas pengumuman inisiatif kerajaan di bawah Belanjawan 2025.

Pengerusinya, Datuk William Ng berkata, beliau menyambut baik usaha kerajaan melalui insentif Geran Digital Penjaja dan Usahawan F&B sebanyak RM50 juta.

“Saya yakin bahawa geran ini, yang terdiri daripada Geran Padanan Digital Penjaja dan Geran Digital PMKS, akan membantu penjaja kecil dan peniaga F&B untuk menerima guna teknologi digital dengan lebih pantas.

“Ini sekaligus dapat meningkatkan produktiviti dan pendapatan mereka,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Zahid Ismail berkata, MPC menunjukkan komitmen melalui RFBPN dalam memastikan subsektor peruncitan dan F&B berkembang maju melalui bantuan digital.

“MPC yakin bahawa memperkasakan para peniaga dengan teknologi digital akan bukan sahaja meningkatkan produktiviti mereka, malah turut menjana pendapatan yang lebih tinggi,” katanya.

Belanjawan 2025 juga memperuntukkan sebanyak RM6.4 bilion melalui Bank Pembangunan Malaysia Berhad untuk membantu para peniaga mengembangkan perniagaan mereka.

Selain itu, inisiatif Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan menyediakan bantuan tunai kepada lebih ramai peniaga dalam subsektor peruncitan dan F&B.

Bantuan itu, yang akan dikreditkan terus ke MyKAD penerima mulai April 2025, boleh digunakan untuk membeli barangan asas.

Langkah ini dijangka bukan sahaja dapat mengurangkan kos operasi, tetapi juga memaksimumkan output perniagaan mereka, sekaligus meningkatkan produktiviti keseluruhan sektor tersebut. – UTUSAN

Related Articles

Sukar dapat dana, dorong syarikat pemula berpindah
Ekonomi

Sukar dapat dana, dorong syarikat pemula berpindah

PEMANDANGAN Kuala Lumpur.WALAUPUN ekosistem startup atau pemula niaga Malaysia terus berkembang, akses...

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah
Ekonomi

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah

KHAIRIL ANUAR MOHAMMAD ANUARPETALING JAYA: Co-opbank Pertama (CBP) menjalinkan kerjasama strategik bersama...

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE
Ekonomi

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE

DARREN Chang (tengah) ketika sidang media selepas penyenaraian syarikat itu di Pasaran...

Tealive yakin capai sasaran tembusi 13 negara tahun ini
Ekonomi

Tealive yakin capai sasaran tembusi 13 negara tahun ini

BRYAN LOO (depan, tiga dari kanan) bersama Khairy Jamaluddin (empat dari kiri)...