Home Ekonomi Ekonomi Malaysia diunjur berkembang 4.8 peratus tahun ini
Ekonomi

Ekonomi Malaysia diunjur berkembang 4.8 peratus tahun ini

Ketua Ahli Ekonomi Allianz Asia Tenggara, Ludovic Subran / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 24 Oktober – Ekonomi Malaysia diunjur berkembang sebanyak 4.8 peratus pada tahun ini, didorong oleh keadaan ekonomi yang dinamik.

Ketua Ahli Ekonomi Allianz Asia Tenggara, Ludovic Subran berkata pertumbuhan tersebut akan dipacu oleh peningkatan dalam eksport serta permintaan dalam negeri yang kekal berdaya tahan.

Menurutnya, peralihan kepada tenaga lestari juga berpotensi memberikan nilai tambah kepada eksport Malaysia, seiring dengan permintaan global yang semakin meningkat.

\”Malaysia boleh memanfaatkan kedudukannya yang strategik dengan memberi tumpuan kepada eksport bukan barangan seperti perkhidmatan. Ini termasuk penyumberan luar bagi produk bernilai tinggi melangkaui eksport pembuatan, seperti nasihat berkaitan cukai dan undang-undang.

\”Bahasa Inggeris yang meluas di sini juga membolehkan Malaysia menjadi pusat panggilan bernilai tinggi bagi subrantau ini,” katanya pada program Unjuran Ekonomi Asia Pasifik 2024 di sini.

Subran turut mengunjurkan kadar inflasi Malaysia pada 2.3 peratus tahun ini, dengan kemungkinan meningkat kepada 2.9 peratus pada tahun 2025.

Beliau turut menyatakan bahawa ringgit berpotensi meningkat lebih tinggi menjelang pemilihan Presiden Amerika Syarikat yang akan datang.

Related Articles

Sukar dapat dana, dorong syarikat pemula berpindah
Ekonomi

Sukar dapat dana, dorong syarikat pemula berpindah

PEMANDANGAN Kuala Lumpur.WALAUPUN ekosistem startup atau pemula niaga Malaysia terus berkembang, akses...

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah
Ekonomi

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah

KHAIRIL ANUAR MOHAMMAD ANUARPETALING JAYA: Co-opbank Pertama (CBP) menjalinkan kerjasama strategik bersama...

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE
Ekonomi

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE

DARREN Chang (tengah) ketika sidang media selepas penyenaraian syarikat itu di Pasaran...

Tealive yakin capai sasaran tembusi 13 negara tahun ini
Ekonomi

Tealive yakin capai sasaran tembusi 13 negara tahun ini

BRYAN LOO (depan, tiga dari kanan) bersama Khairy Jamaluddin (empat dari kiri)...