Home Pasaran Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Meskipun Prestasi Wall Street Bercampur-campur
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Meskipun Prestasi Wall Street Bercampur-campur

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Meskipun Prestasi Wall Street Bercampur-campur

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Livevartha) — Bursa Malaysia meningkat dalam sesi dagangan awal pada Rabu walaupun prestasi semalaman Wall Street bercampur-campur ketika peniaga menjangkakan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) melaksanakan penurunan kadar faedah kurang agresif pada bulan depan, kata penganalisis.

Pada9.15 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 0.57 mata kepada1,643.11 daripada 1,642.54 pada akhir dagangan semalam.

Indeks penanda aras itu dibuka meningkat 1.67 mata kepada1,644.21.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 215 berbanding 162 manakala 286 tidak berubah, 1,841 tidak diniagakan dan 15 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak372.65 juta unit bernilai RM149.67 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata sentimen bercampur-campur di Wall Street disebabkan oleh peniaga masih dalam proses menerima laporan pendapatan korporat pada masa ini.

Selain itu, hasil Perbendaharaan 10 tahun ASmeningkat pada 4.20 peratus.

“FBM KLCI pulamengekalkan fasa konsolidasi untuk ditutup lebih rendah pada Selasa berikutan ramai yang masih memikirkan impak selepas pembentangan Belanjawan 2025 (pada 18 Oktober lepas).

Related Articles

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Kebanyakannnya
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Kebanyakannnya

KUALA LUMPUR, 2 Julai(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI...

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Fiskal
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Fiskal

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 2 Julai(Livevartha) –Ringgit dibukalebih tinggiberbanding dolar...

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat
Pasaran

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) –Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM...

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat
Pasaran

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) — Bursa Malaysia memulakan urus niaga hari...