Home Nasional GISB: Negeri Sembilan bertindak mengikut keputusan pihak berwajib
Nasional

GISB: Negeri Sembilan bertindak mengikut keputusan pihak berwajib

GISB: Negeri Sembilan bertindak mengikut keputusan pihak berwajib

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun/BERNAMA

SEREMBAN, 1 Oktober– Tindakan sewajarnya akan diambil terhadap sebarang perkara berkaitan GISB Holdings, selepas mendapat keputusan daripada pihak berwajib.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata kerajaan negeri telah menyerahkan sepenuhnya perkara tersebut kepada pihak berkuasa termasuk polis, jabatan agama negeri dan pihak berkuasa tempatan untuk tindakan susulan.

Jelasnya, siasatan masih diteruskan dan tindakan akan diambil sejurus keputusan mahkamah dikeluarkan.

\”Itu kita tidak dapat maklumat lagi. Sebab itu saya cakap bahawa kerajaan negeri, kita akan melihat apa tindakan di peringkat berwajib.\”

\”Pihak Majlis Bandaraya Seremban (MBS) akan bertindak jika keputusan daripada mahkamah telah dikeluarkan,\” kata Aminuddin kepada pemberita.

Beliau ditemui pemberita pada Majlis Perasmian Penutup Festival Kesenian Islam dan Karnival Kanak-Kanak Sihat dan Pintar peringkat negeri, di sini.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....