Home Ekonomi Ringgit dijangka terus meningkat minggu depan
Ekonomi

Ringgit dijangka terus meningkat minggu depan

Ringgit dijangka terus meningkat minggu depan

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 28 September- Ringgit dijangka terus meningkat minggu depan, meskipun peniaga kekal berhati-hati terhadap petunjuk ekonomi utama Amerika Syarikat (AS), kata seorang penganalisis.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata beberapa data penting perlu diperhatikan, termasuk indeks ISM AS untuk sektor pembuatan, Tinjauan Pembukaan Pekerjaan dan Perolehan Buruh (JOLTS), perubahan pekerjaan ADP, dan angka Gaji Bukan Ladang (NFP).

Peniaga juga akan memantau Tinjauan Tankan Jepun minggu depan untuk menilai sentimen perniagaan dalam kalangan syarikat Jepun.

“Secara keseluruhannya, ringgit sepatutnya mendapat sokongan yang lebih kukuh. Paras sokongan serta-merta ialah pada RM4.0728, dan ia mungkin cuba mencapai paras itu minggu depan,” katanya kepada Bernama.

Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata kenaikan semasa ringgit telah melangkaui perbezaan kadar faedah AS-Malaysia dan kini sebahagian besarnya didorong oleh usaha rangsangan China.

Beliau berkata keadaan ini meletakkan mata wang itu dalam kedudukan sedikit tidak menentu, susulan pengukuhannya terikat dengan prospek pemulihan ekonomi China.

“Bagaimanapun, dalam jangka pendek, saya mengunjurkan ringgit kekal disokong oleh jangkaan penurunan kadar Rizab Persekutuan selanjutnya, walaupun ia masih terdedah kepada sebarang pergerakan menaik dalam hasil AS,” katanya.

Innes juga berkata di peringkat tempatan pasaran mungkin lebih tenang minggu depan, dengan cuti \”Golden Week\” China melembapkan aktiviti serantau, yang bermakna ringgit akan lebih sensitif kepada faktor global, terutamanya data ekonomi AS.

\”Saya menjangkakan terdapat sedikit pengukuhan, mungkin dengan sedikit kecenderungan untuk menurun menjelang laporan NFP minggu depan. Namun, saya tidak melihat gandingan dolar AS/ringgit akan menghampiri paras 4.15 kecuali data dari AS memberikan bacaan yang positif,\” katanya.

Ringgit Malaysia telah mengukuh sebanyak 1.6 peratus minggu ke minggu berbanding dolar AS. Dalam tempoh enam bulan, ringgit meningkat 14.76 peratus berbanding dolar AS.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, ringgit melonjak kepada 4.1230/1280 berbanding dolar AS daripada 4.2005/2070 minggu lepas. Ia mencecah paras 4.12 pada hari Rabu, menandakan tahap paling kukuh sejak Jun 2021.

Sementara itu, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang utama lain.

Ia meningkat berbanding euro, ditutup pada 4.6009/6064 daripada 4.6878/6950 minggu lepas, naik berbanding pound Britain kepada 5.5178/5245 daripada 5.5841/5928, dan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.8804/8841 daripada 2.9182/9229 seminggu sebelum itu.

Ringgit juga diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding mata wang ASEAN.

Ia naik berbanding dolar Singapura kepada 3.2146/2187 daripada 3.2507/2559, meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 272.5/273.0 daripada 277.2/277.8 dan menokok berbanding peso Filipina kepada 7.35/7.55 daripada 7.55/7.56 seminggu sebelumnya.

Ringgit, bagaimanapun, susut berbanding baht Thailand kepada 12.7202/7407 daripada 12.7026/7288.- Livevartha

Related Articles

Rumah mampu milik gagal disebabkan faktor lokasi, mutu binaan
Ekonomi

Rumah mampu milik gagal disebabkan faktor lokasi, mutu binaan

RUMAH mampu milik perlu dibina dengan lokasi yang strategik serta mutu binaan...

Permintaan rumah mampu milik bawah RM500,000 terus dominasi pasaran
Ekonomi

Permintaan rumah mampu milik bawah RM500,000 terus dominasi pasaran

Pengurus PropertyGuru & iProperty, Kenneth Soh pada Laporan Kemampanan PropertyGuru Group 2024...

Sektor sarung tangan tempatan dijangka terkesan susulan perubahan tarif AS-China
Ekonomi

Sektor sarung tangan tempatan dijangka terkesan susulan perubahan tarif AS-China

PETALING JAYA: Sektor sarung tangan getah tempatan dijangka terjejas susulan pengurangan sementara...

STR, bantuan khas perayaan dorong peningkatan jualan RM154 bilion
Ekonomi

STR, bantuan khas perayaan dorong peningkatan jualan RM154 bilion

Orang ramai menjadikan Kompleks Sogo salah satu pusat beli belah utama untuk...