Home Nasional Banjir kilat: 21 penduduk Kampung Tanjung dipindahkan
Nasional

Banjir kilat: 21 penduduk Kampung Tanjung dipindahkan

Banjir kilat: 21 penduduk Kampung Tanjung dipindahkan

FOTO Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Nerang

KUALA NERANG, 28 September- Seramai 21 penduduk melibatkan tujuh keluarga di Kampung Tanjung, Kuala Nerang berdepan detik cemas apabila terperangkap dalam kejadian banjir kilat, malam tadi.

Bagaimanapun kesemua mereka berjaya diselamatkan dan dibawa ke lokasi selamat.

Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Nerang dalam kenyataan memaklumkan, operasi memindahkan kesemua penduduk terjejas diketuai Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Nerang, PPgB Mohd Aminuddin Mad Khozali bersama anggota pasukan Alpha BBP Kuala Nerang.

Operasi turut dibantu Polis Daerah Padang Terap serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Padang Terap dilakukan sejak malam tadi hingga kira-kira pukul 3 pagi tadi.

Kesemua penduduk terperangkap selepas jalan keluar dinaiki air dengan cepat.

\”Operasi menyelamat menggunakan sebuah bot aluminium 12\’ dan mangsa dipindahkan sementara di Masjid Kampung Tanjung Kanan, Padang Sanai,\” katanya.

Banjir menjejaskan sembilan rumah di Kampung Tanjung Kiri dan 10 rumah di Kampung Pisang.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....