Home Nasional Selangor fokus pemodenan pertanian, tanaman bernilai tinggi
Nasional

Selangor fokus pemodenan pertanian, tanaman bernilai tinggi

Selangor fokus pemodenan pertanian, tanaman bernilai tinggi

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari / Foto RTM

SERDANG, 20 September – Kerajaan Selangor kini menumpukan kepada aspek pemodenan pertanian dan tanaman bernilai tinggi sebagai usaha memajukan sektor pertanian negeri dan mempromosikan hasil tempatan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata inisiatif tersebut merupakan sebahagian daripada strategi kerajaan untuk meningkatkan pengeluaran produk pertanian yang bernilai tinggi.

“Pemodenan pertanian ini menjadi kunci utama dalam pengeluaran hasil bernilai tinggi. Antara produk yang dipamerkan termasuklah jenama rock melon, sel melon, vanila yang mempunyai nilai tinggi, serta kaedah hidroponik untuk penanaman udang kara air tawar yang mudah dan mampu mendatangkan hasil lumayan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat Pavilion Selangor pada Pameran Pertanian Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024 yang berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), di sini pada Khamis.

Dalam pada itu, Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Selangor telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Bank Pertanian Malaysia Berhad, Agrobank bagi membangunkan ekosistem keusahawanan dalam sektor agromakanan.

Pertukaran MoU tersebut dilakukan antara Ketua Divisyen Kewangan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Kewangan MBI, Zannifa Azura Ahmad dan Presiden Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin.

Majlis turut disaksikan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, serta Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....