Home Nasional Letupan alat kelui di Lubnan, tiada rakyat Malaysia terjejas
Nasional

Letupan alat kelui di Lubnan, tiada rakyat Malaysia terjejas

Letupan alat kelui di Lubnan, tiada rakyat Malaysia terjejas

Foto AFP

PUTRAJAYA, 19 September- Kementerian Luar sedang memantau situasi di Lubnan susulan letupan alat kelui yang berlaku di beberapa lokasi di seluruh negara berkenaan.

Wisma Putra memaklumkan bahawa tiada rakyat Malaysia dilapor terjejas atau terlibat dalam insiden itu.

\”Rakyat Malaysia bagaimanapun dinasihat berhati-hati dan mengelak mengunjungi bahagian selatan Lubnan dan mendapatkan maklumat terkini melalui sumber berita yang boleh dipercayai.

\”Wisma Putra turut memaklumkan Batalion Malaysia (MALBATT 850) yang ditempatkan di Lubnan berada dalam keadaan selamat dan tidak terjejas oleh insiden berkenaan,\” menurut kenyataan itu.

Wisma Putra akan terus memberi maklumat terkini bagi memastikan keselamatan semua rakyat Malaysia di Lubnan.

ARTIKEL BERKAITAN:

  • 20 maut, 450 cedera dalam letupan baharu di Lubnan

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....