Home Nasional Kepala air, JBPM Perak kenal pasti 21 lokasi berisiko
Nasional

Kepala air, JBPM Perak kenal pasti 21 lokasi berisiko

Kepala air, JBPM Perak kenal pasti 21 lokasi berisiko

JBPM Perak mengenal pasti 21 lokasi ‘hot spot’ atau kawasan panas yang berisiko mengalami kejadian kepala air, terutama di kawasan rekreasi air terjun dan sungai / Foto Hiasan / Bernama

PERAK TENGAH, 10 September – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak mengenal pasti 21 lokasi ‘hot spot’ atau kawasan panas yang berisiko mengalami kejadian kepala air, terutama di kawasan rekreasi air terjun dan sungai.

Pengarah JBPM Perak, Sayani Saidon berkata antara kawasan berisiko tersebut ialah Air Terjun Bukit Jana dan Burmese Pool di Bukit Larut, Taiping, Pusat Rekreasi Lubuk Timah dan Lata Ulu Chepor di Ipoh dan Hutan Lipur Ulu Kenas di Kuala Kangsar.

“Bomba, terutamanya di balai-balai, menjalankan khidmat nasihat di lokasi-lokasi rekreasi ini setiap hujung minggu. Setiap Sabtu dan Ahad, anggota bomba turun ke lokasi hot spot ini untuk memberi penerangan kepada orang awam. Kami juga mengedarkan risalah keselamatan air serta memberikan nasihat kepada pengunjung,\” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Perhimpunan Bulanan JBPM Perak di Balai Bomba Dan Penyelamat Seri Iskandar, di sini.

Sayani turut menasihatkan orang ramai agar menghentikan aktiviti rekreasi dan perkelahan di kawasan berisiko ketika musim cuti sekolah bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....