Home Nasional Kehadiran kapal tentera laut asing, Wisma Putra ambil maklum
Nasional

Kehadiran kapal tentera laut asing, Wisma Putra ambil maklum

Kehadiran kapal tentera laut asing, Wisma Putra ambil maklum

Kementerian Luar mengambil maklum laporan mengenai kehadiran kapal tentera laut asing berhampiran sebuah pelantar minyak luar pesisir negara / Foto RTM

PUTRAJAYA, 9 September – Kementerian Luar mengambil maklum laporan mengenai kehadiran kapal tentera laut asing berhampiran sebuah pelantar minyak luar pesisir negara.

Menurut Wisma Putra, walaupun pihaknya maklum dengan laporan berkenaan, ia tidak dapat mengulas kesahihan dan butiran terperinci pergerakan kapal tentera laut asing berkenaan kerana perkara tersebut berada di bawah pihak berkuasa pertahanan dan operasi keselamatan.

\”Pendirian Malaysia mengenai Laut China Selatan kekal konsisten dalam mempertahankan kedaulatan, hak kedaulatan dan kepentingan kawasan maritim negara seperti digariskan dalam Peta Malaysia 1979.

\”Kedudukan ini selaras dengan undang-undang antarabangsa, termasuk Konvensyen Pertubuhan Bangsa Bersatu mengenai Undang-undang Laut (UNCLOS) 1982,\” menurut Wisma Putra menerusi kenyataan.

Sejajar dengan komitmen untuk mengekalkan Laut China Selatan sebagai rantau keamanan, kestabilan dan perdagangan, Wisma Putra berkata Malaysia akan terus berhubung secara diplomatik dengan semua negara berkaitan.

\”Kami kekal komited untuk menyelesaikan pertikaian melalui cara aman dan mematuhi prinsip yang digariskan dalam Deklarasi Tatalaku Pihak-pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DoC), yang menekankan kepentingan mengelakkan ancaman atau penggunaan kekerasan,\” kata Wisma Putra.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....