Home Nasional Pusat Latihan Kecemerlangan Jurutera Perunding bakal dibina di Samarahan
Nasional

Pusat Latihan Kecemerlangan Jurutera Perunding bakal dibina di Samarahan

Pusat Latihan Kecemerlangan Jurutera Perunding bakal dibina di Samarahan

Pengerusi Jawatankuasa Gabungan Jurutera Perunding Bumiputera Sarawak, Irwan Zulkarinain Hasbie

KUCHING, 4 September- Pusat Latihan Kecemerlangan Jurutera Perunding yang kini dalam peringkat cadangan bakal menjadi platform lonjakan kualiti jurutera-jurutera tempatan terutama sekali dalam kemahiran teknologi terkini.

Pengerusi Jawatankuasa Gabungan Jurutera Perunding Bumiputera Sarawak, Irwan Zulkarinain Hasbie berkata penubuhan pusat tersebut juga selari dengan inisiatif Premier, Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang menekankan teknologi Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM) dalam pelaksanaan projek-projek infrastruktur negeri.

Menurut Irwan lagi dengan adanya pusat latihan tersebut para jurutera akan lebih memahami semua kemahiran dan alatan teknologi BIM serta teknologi terkini yang lain dan sekali gus berupaya melaksana projek-projek pembangunan negeri.

\”Sekarang ini tengah dalam perincian terakhir untuk mengenal pasti tapak yang sesuai di Samarahan supaya kita bersama-sama institusi professional yang lain sama ditempatkan dalam satu kawasan di Samarahan\”, katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengetuai rombongan Ahli Jawatankuasa Gabungan Jurutera Perunding Bumiputera Sarawak mengadakan kunjungan hormat ke atas Premier Sarawak di Kuching hari ini.

Tambahnya lagi pusat latihan tersebut turut menempatkan pusat penyelidikan serta pusat makmal ujian.

Dalam pada itu, pada kunjungan hormat yang berlangsung hampir dua jam tersebut, Premier Sarawak telah diberi taklimat mengenai pusat latihan kecemerlangan berkenaan selain aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun ini.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....