Home Nasional Lebih 12,000 peserta dijangka sertai KS24
Nasional

Lebih 12,000 peserta dijangka sertai KS24

Lebih 12,000 peserta dijangka sertai KS24

Shamsul Bahrin Zainuzzaman

KUALA LUMPUR, 3 September- Lebih 12,000 peserta disasarkan menyertai \’flash mob\’ atau persembahan kilat berkumpulan pada Keretapi Sarong 2024 (KS24) sempena sambutan Hari Malaysia pada 14 September ini.

Sambutan unik bertemakan \’Bangga Malaysia\’ itu akan diadakan di pelbagai bandar dan melibatkan sembilan stesen tren RapidKL dan Express Rail Link (ERL).

Pengarah program KS2024 Shamsul Bahrin Zainuzzaman berkata, program itu mengiktiraf peranan dalam membentuk identiti Malaysia serta mempamerkan potensi komersial budaya di peringkat nasional dan antarabangsa.

\”Kita boleh lihat penyatuan rakyat Malaysia kebelakangan ini dilihat semakin baik. Jadi kita tidak mahu meomentum itu hilang begitu sahaja.

\”Jadi kita nak menaikkan semangat berkenaan dengan tema \’Bangga Malaysia\’,\” katanya kepada pemberita dalam sidang media di ibu negara.

0309 KERETAPI SARONG 2024 2Noraniza Idris

Acara yang memasuki tahun kelapan itu turut menampilkan ratu irama Malaysia, Noraniza Idris selari dengan suasana acara yang meraikan warisan dan budaya Malaysia.

\”Rakyat Malaysia kena terlibat dalam program ini kerana ia merupakan salah satu produk jati diti Malaysia untuk kita perkenalkan kepada orang luar negara dan pelancong.

\”…bahawa inilah identiti kita yang dibanggakan dan perlu untuk kita mengetengahkan,\” katanya.

Stesen terlibat dalam KS2024 ialah Transit Aliran Ringan (LRT) Subang Jaya, LRT Gombak, Putrajaya Sentral, KL Sentral, Transit Aliran Massa (MRT) Kajang, LRT Ampang, MRT TTDI, MRT UPM dan MRT Damansara Sentral.

Selain acara utama di Lembah Klang, flash mob serentak juga akan berlangsung di lokasi terpilih, iaitu di Johor Bahru, Kota Bharu, Ipoh, Bukit Mertajam, Alor Setar serta dua lokasi luar negara, iaitu Paris di Perancis dan Berlin, Jerman.

Program Keretapi Sarong dimulakan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Random Alphabet pada 2012 sebelum diambil alih oleh LOCCO pada 2017 melibatkan ribuan peserta menaiki pengangkutan awam dengan memakai kain sarung, sama ada batik atau pelekat.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....