Home Nasional Seorang maut nahas lori terbalik
Nasional

Seorang maut nahas lori terbalik

Seorang maut nahas lori terbalik

Foto JBPM Kedah

JITRA, 4 September – Seorang lelaki maut manakala tiga yang lain selamat selepas lori yang dinaiki terbabas dan terbalik ke dalam longkang.

Kemalangan berlaku di KM 33.1, exit 181, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), kira-kira pukul 6.30 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Bustan Karudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan MERS 999 pada pukul 6.36 pagi.

“Sebaik tiba di tempat kejadian didapati, salah seorang mangsa berusia 30-an tersepit di dalam kenderaan, manakala tiga yang lain termasuk seorang warga asing terselamat,\” katanya dalam kenyataan di sini.

Pihak bomba yang berhadapan sedikit kesukaran akibat ruangan sempit dan berair terpaksa menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa.

\”Mangsa yang tersepit disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....