Saturday , 1 February 2025
Home Pasaran Bursa Malaysia Ditutup Rendah Pada Tengah Hari
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Pada Tengah Hari

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 3 Sept(Livevartha) –Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan ditutup rendah pada tengah hari ini bagaimanapun kenaikan Tenaga Nasional (TNB) dan Public Bank mendorong kurangkan penurunan indeks barometer.

Pada 12.30 tengah hari,FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 1.61mata kepada 1,676.58daripada 1,678.19ketika ditutup pada Isnin.

Indeks itu dibuka 0.37mata lebih rendahkepada 1,677.82dan seterusnyabergerak antara 1,684.06hingga 1,673.86sepanjang sesi dagangan pagi.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 479berbanding 429manakala 494kaunter tidak berubah, 1,025kaunter tidak diniagakan dan 15yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.78bilion unit bernilaiRM1.40bilion.

Secara keseluruhan, minat berkurangan dalam persekitarankekurangan berita menggerakkan pasaran, ditambah lagi dengan cuti umum di Amerika Syarikat dan petunjuk serantau yang lemah menjelang keluaran data ekonomi utama di peringkat tempatandan antarabangsa.

Seorang peniaga berkata pasaran sedang menunggu keputusan mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari dengan jangkaan bahawaBank Negara Malaysia mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR).

China dan AS dijadualuntuk mengumumkan jumlah eksport dan import Ogos minggu ini.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi,TNB meningkat 20 sen kepadaRM14.76, Public Bank menambah lima sen kepadaRM4.80 danYTL menokok empat sen kepadaRM3.06, CIMB jatuh sembilan sen kepadaRM8.21 manakalaPetronas Chemicals merosot 10 sen kepada RM5.63.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Seketika Sebelum Susut
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Seketika Sebelum Susut

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 31 Jan (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Mengukuh Sedikit Berbanding Dolar AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Mengukuh Sedikit Berbanding Dolar AS

Oleh Danni Haizal Danial Donald dan Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR,...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Berikutan Pengeluaran Lebih Lemah
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Berikutan Pengeluaran Lebih Lemah

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif KUALA LUMPUR, 28 Jan(Livevartha) —...

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Terhadap Tarif
Pasaran

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Terhadap Tarif

Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 28 Jan(Livevartha)–Ringgit ditutup rendah berbanding...