Home Nasional Malaysia dan New Zealand perkukuh komitmen kerjasama dalam FPDA
Nasional

Malaysia dan New Zealand perkukuh komitmen kerjasama dalam FPDA

Malaysia dan New Zealand perkukuh komitmen kerjasama dalam FPDA

Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon/ Foto Bernama

PUTRAJAYA, 3 September – Malaysia dan New Zealand mengesahkan komitmen mereka terhadap kerjasama serantau di bawah Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA).

Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan hari ini kedua-dua negara sepakat bahawa pesawat P-8A Poseidon Tentera Udara Diraja New Zealand yang baharu akan meneruskan amalan sekian lama pesawat peronda maritim New Zealand yang ditempatkan ke Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia Butterworth itu, sebagai sebahagian daripada latihan FPDA akan datang, Bersama Lima.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan sidang media bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari New Zealand Christopher Luxon semalam.

Luxon sedang dalam lawatan tiga hari ke Malaysia hingga esok untuk meningkatkan perbincangan dan kerjasama dua hala. Ini merupakan lawatan pertama beliau ke negara ini sejak memegang jawatan sebagai Perdana Menteri pada November 2023.

Kedua-dua Perdana Menteri mengiktiraf FPDA sebagai komitmen pertahanan lama yang kekal relevan dengan kepentingan strategik kedua-dua negara.

Anwar dan Luxon turut menghargai kerjasama erat yang berterusan dalam memerangi keganasan, mencegah ekstremisme ganas, dan memerangi jenayah terancang rentas negara, termasuk melalui pembinaan kapasiti dan pertukaran pakar dua hala.

Kedua-dua pemimpin mengalu-alukan pengaturan kerjasama dua hala baharu yang akan menyokong penglibatan ini dan telah mengarahkan pegawai-pegawai untuk terus meneroka peluang-peluang bagi New Zealand dan Malaysia bekerjasama memperkukuh perpaduan sosial.

Anwar dan Luxon turut memperakui hubungan pertahanan Malaysia dan New Zealand yang telah lama terjalin sejak Perang Dunia Kedua, dan kedua-dua pemimpin mengesahkan bahawa kedua-dua negara akan mengekalkan kerjasama pertahanan dua hala secara tetap.

Mereka juga mengalu-alukan pelbagai usaha Kementerian Pertahanan kedua-dua negara dalam mengemas kini pengaturan dua hala mengenai Kerjasama Pertahanan 1996, serta perjanjian untuk meneroka usaha mengadakan Dialog Pertahanan Trek 1.5.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....